Kerajaan Pakatan Harapan perlu memberi tumpuan kepada usaha menunaikan janji kepada rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Beliau berkata, apa yang berlaku pada masa lalu adalah sejarah dan pentadbiran baharu perlu berhenti menyalahkan kerajaan sebelum ini yang memerintah selama 61 tahun.
"Enam bulan sudah cukup. Kini, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada menunaikan janji. Rakyat tahu apa yang berlaku dan itulah sebabnya mereka mengundi untuk menyingkirkan kerajaan terdahulu. Oleh itu, adalah penting bagi mereka untuk tidak mengulangi kepimpinan (kesilapan) yang sama," katanya kepada pemberita di Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2018 di sini, hari ini.
Daim berkata, kerajaan harus berusaha untuk memulihkan keyakinan di kalangan pelabur untuk menarik mereka kembali ke negara ini.
Beliau berkata, 9 Mei menyediakan peluang keemasan kepada Malaysia di mana setiap orang secara bersama menentang kleptokrasi dan berjuang untuk kebebasan bersuara, keadilan untuk semua, ketelusan dan akauntabiliti.
"Dalam tempoh enam bulan yang lalu, kerajaan telah jelaskan apa yang perlu dilakukan dan telah mengambil pelbagai langkah kecil dan besar, bagaimanapun destinasi kita masih jauh," katanya.
Daim menggesa rakyat Malaysia memberi sedikit masa kepada kerajaan yang diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinetnya, yang bekerja keras untuk mereformasi ekonomi, yang merupakan perkara paling penting untuk dilakukan sekarang.
"Orang ramai tidak sabar, mereka mengundi untuk perubahan dan mahu melihat keputusan dengan segera. Janji telah dibuat tetapi apabila kerajaan mengambil alih, tiba-tiba mendapati bahawa perbendaharaan itu kosong.
"Bagaimana mereka akan memenuhi janji-janji itu? Jadi ia akan mengambil masa," katanya.
Ahli perniagaan kelahiran Kedah, ahli politik dan bekas Menteri Kewangan yang bersara 20 tahun yang lalu itu berkata, beliau bersyukur kerana beliau telah bersara.
"Saya tidak mahu berada di kedudukan itu, sebab itu saya bersara," katanya.
Diminta mengulas mengenai Belanjawan 2019, beliau berkata, ia sejajar dengan perjalanan Malaysia baharu.
Pada 2 Nov, Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2019 dengan peruntukan sebanyak RM314.5 bilion, peningkatan sebanyak RM24.1 bilion berbanding RM290.4 bilion dalam Belanjawan 2018, manakala Belanjawan 2017 diperuntukkan RM260 bilion.
Daim menegaskan bahawa kawalan modal mungkin tidak berfungsi untuk Malaysia sekarang kerana keadaan pasaran telah berubah, berbanding krisis kewangan Asia 1997-1998.
"Dasar yang sama tidak akan berfungsi hari ini dan saya menasihat kerajaan untuk tidak melaksanakan kawalan modal sekarang," katanya.
Daim berkata, pengumuman dividen khas Petronas RM30 bilion yang diumumkan dalam belanjawan baru-baru ini tidak akan menjadi masalah kerana syarikat minyak negara mampu membuat pembayaran itu kepada kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 08 2018
DAIM: Kini, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada menunaikan janji.
[TERKINI] Kartel umrah: MyCC cadang penalti 81 syarikat terlibat perjanjian harga
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) keluarkan keputusan cadangan terhadap 81 prusahaan kerana terlibat dengan perjanjian penetapan harga bagi penyediaan perkhidmatan perjalanan umrah di Malaysia.
[TERKINI] Pemberian subsidi: Anwar gesa henti beri kepada anak golongan kaya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa amalan anak golongan paling kaya diberi subsidi tinggi kemasukan ke Sekolah Menengah Sains dihentikan.
Siasatan dakwaan senator paksa 'bodyguard' makan babi sedang dilengkapkan
Polis Pulau Pinang sedang melengkapkan siasatan berhubung kes seorang Senator di negeri itu yang didakwa memaksa pengawal peribadinya memakan daging babi.
Artis ternama bergabung dalam konsert amal MPO Resonance for a Reason
Matlamat MPO adalah untuk memupuk apresiasi muzik dalam kalangan belia dan mempromosikan muzik klasikal dan tempatan kepada semua lapisan masyarakat.
UAE kutuk serangan kejam sasar kediaman Duta UAE di Sudan
Ia merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip ketakbolehcabulan premis diplomatik.
Pelajar guna guni sebagai bagasi ke universiti akan dibantu
Kisah pelajar itu dekat di hatinya kerana pada hari yang sama beliau turut menghantar anak sulungnya melanjutkan pengajian ke universiti.
Kenyataan Mohamad di UNGA gambar ketegasan Malaysia terhadap isu sejagat - Saifuddin Nasution
Pada perhimpunan UNGA itu, Malaysia menyuarakan pendirian tegas berhubung beberapa perkara seperti kuasa veto, Islamofobia dan Palestin.
AWANI Ringkas: Penyelesaian nokhtah kemisikinan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guru wanita didakwa ceroboh pejabat bekas teman lelaki
N Retha didakwa memasuki kawasan bilik pejabat milik P Navaneeth di sebuah klinik dalam daerah Muallim pada 3 Mac lepas.
Belanjawan 2025: Menjelang Belanjawan 2025: Keperluan tambah dana sektor kesihatan
Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, IMU University, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid mengulas berkenaan keperluan menambah dana ke dalam sektor kesihatan.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
[TIDAK RASMI] BN menang di PRK Mahkota
Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh kedudukan selesa mengatasi pencabarnya dari PN.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota: Tengku Zafrul optimis undi awal berpihak kepada BN
Tengku Zafrul berkata, BN meletakkan calon yang berkualiti, berkredibiliti dan berpengalaman berkhidmat di DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.