Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.
"Sekiranya orang ramai berpendapat Facebook harus ditutup, kita bersedia untuk melihat (perkara itu) tetapi ia satu pendekatan yang radikal", katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Cheras malam tadi.
Turut hadir Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Ketua Wanita Umno Cheras Datuk Hajah Zurainah Musa.
Namun, Ahmad Shabery yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata adalah mustahil untuk menutup laman sosial itu memandangkan jumlah akaun pengguna tempatan adalah 15 juta berbanding hanya 2,000 laporan penyalahgunaan yang diterima.
"Ramai orang berniaga guna Facebook, jalin hubungan kekeluargaan dan tak ada kena mengena dengan politik pun...aduan kita terima sekitar 2,000 sahaja. Apakah dengan 2,000 laporan itu kita nak tutup sepenuhnya, itu kita perlu tengok balik", katanya.
Mengulas mengenai tindakan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang bekerjasama dengan polis bagi menjejaki individu itu.
Bernama
Fri Aug 08 2014

SHABERY: Penutupan Facebook adalah satu pendekatan radikal - Gambar Fail

TNB: Menjana masa depan, 60% keuntungan disalur kembali kepada rakyat
TNB sebagai sebuah GLC yang bertanggungjawab, komited terhadap kemampanan kewangan dan melabur semula kejayaannya kepada Malaysia.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah ekoran pengumuman tarif AS
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain.

Terma perdagangan Malaysia naik 0.6 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Terma perdagangan Malaysia berkembang 0.6 peratus bulan ke bulan kepada 118.4 mata pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

MYCC kenakan penalti lebih RM92 juta ke atas lapan perusahaan terlibat tipuan bida
MyCC mengenakan penalti berjumlah RM92,876,078.90 terhadap lapan perusahaan kerana terlibat dalam kartel tipuan bida melibatkan dua tender.
Tarikh 1 Ramadan 1446H jatuh pada 2 Mac 2025, Ahad
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Ahad (2 Mac 2025)
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam pengumuman khas yang disiarkan pada Jumaat.
#AWANInews
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam pengumuman khas yang disiarkan pada Jumaat.
#AWANInews
McDonald’s Malaysia jalin kerjasama dengan IWK, tingkat pengurusan sisa gris
McDonald’s Malaysia menjalin kerjasama dengan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd menerusi Perjanjian Perkhidmatan Pengosongan Perangkap Lemak, Minyak dan Gris (FOG) bagi memastikan pengurusan sisa yang lebih sistematik dan mampan di restoran McDonald’s seluruh negara.
Dialog Poket Rakyat: Memacu pencapaian wanita dalam ekonomi
Apakah senario mengenai peluang dan penyertaan wanita dalam ekonomi masa kini sudah bertambah baik? Apakah strategi dan penambahbaikan polisi yang inklusif untuk memartabatkan peranan wanita dalam kerangka ekonomi Madani? Diskusi dan analisis bersama hos Nazri Kahar dan barisan ahli-ahli panel dalam Dialog Poket Rakyat jam 8.30 malam ini.
TNB: Menjana masa depan, 60% keuntungan disalur kembali kepada rakyat
TNB sebagai sebuah GLC yang bertanggungjawab, komited terhadap kemampanan kewangan dan melabur semula kejayaannya ke Malaysia, menyokong rakyat Malaysia melalui dana pencen, pembangunan ekonomi, dan penyelesaian tenaga mampu milik.
AWANI Sabah+: Majlis TVET tingkat kebolehpasaran graduan
Dalam usaha untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, Kerajaan Sabah akan menubuhkan Majlis TVET Negeri untuk membangunkan pendidikan tersebut selari dengan agenda dan hala tuju Sabah Maju Jaya.
Jangan ambil kesempatan di sebalik syarat longgar- PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak tidak cuba mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan melonggarkan syarat bagi penganjuran perhimpunan aman di mana-mana tempat di negara ini.

Daftar akaun Facebook dengan MCMC - Pakar
Kerajaan perlu mempertimbangkan agar semua pemilik akaun laman sosial Facebook berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), cadang pakar.

Kerajaan sedia kaji kewajaran tutup Facebook - Ahmad Shabery
Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu.