Kerajaan bersedia mengkaji semula pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST,” ujarnya ringkas.
Sebelum ini, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menyarankan kerajaan memperkenalkan semula GST pada kadar yang lebih rendah iaitu tiga peratus dalam Belanjawan 2020.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata keputusan untuk melaksanakan sistem pencukaian itu tidak akan dimasukkan ke dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan 11 Oktober ini.
"Nak masuk dalam bajet (Belanjawan 2020), susah sikit la. Mungkin kemudian," katanya.
GST pada kadar enam peratus pernah dilaksanakan sejak 1 April 2015 namun dimansuhkan pada 1 September 2018 dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Firdaus Azil
Thu Oct 03 2019

DR MAHATHIR: Kalau itu kehendak rakyat, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST. -Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Perkenal semula GST boleh tingkat hasil kerajaan tetapi perlu lebih jelas - Ahli ekonomi
Memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan meningkatkan hasil kerajaan, tetapi ia perlu lebih jelas.

IDEAS sokong GST dikembalikan, namun perlu kajian mendalam sebelum dilaksanakan
IDEAS menyokong kemungkinan pengenalan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam waktu terdekat.

'GST mungkin kembali, bantu kerajaan tampung subsidi untuk rakyat' - PM
Kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk mengembalikan sistem GST, sebagai satu cara efektif menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat.

Tiada perubahan sistem cukai ketika ekonomi negara dalam fasa pemulihan - Tengku Zafrul
Apabila ekonomi baru saja hendak pulih, bukan masanya untuk memperkenalkan cukai baharu, kata Tengku Zafrul.

LKAN: JKDM perlu siasat lebihan bayaran tuntutan GST
JAN mengesyorkan JKDM membuat kutipan balik bayaran terkhilaf sebanyak RM4.38 juta itu daripada OKC dalam kadar segera.

Dulu masa GST tak merungut pula - Guan Eng
Guan Eng berkata amat menghairankan apabila Najib sebelum ini tidak pernah merungut ketika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

SST tidak merugikan poket rakyat - Wan Azizah
Kata Timbalan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan akan menggunakan hasil dana tersebut untuk pembangunan negara.

Tipu tuntutan GST: Lebih banyak tindakan akan diambil - JKDM
Datuk Seri Subromaniam Tholasy menegaskan lebih banyak tindakan akan diambil susulan penipuan tersebut yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada Kerajaan.

Bajet 2017: Kadar GST kekal 6 peratus
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dinaikkan.

Kadar GST tidak akan dikurangkan dalam Bajet 2017
Johari berkata GST dan pelan rasionalisasi subsidi penting untuk memastikan defisit fiskal negara mencapai sasaran 3.1 peratus bagi tahun ini.