Kerajaan Selangor mengambil pendekatan menggunakan beberapa teknologi baharu dalam usaha menangani penularan wabak denggi di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Daroyah Alwi berkata sebagai contoh, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah menggunakan 'nyamuk Toxo' bagi mengawal pembiakan nyamuk Aedes.
Menurutnya, kaedah itu sedang dilaksanakan di Pangsapuri Sri Tanjung; USJ 6; dan Kampung Seri Aman, Puchong dan dilihat memberi kesan signifikan dalam menurunkan kes denggi di kawasan terbabit.
Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan kaedah berkenaan masih dalam peringkat kajian dan pihaknya sedang memantau keberkesanan teknologi itu dari semasa ke semasa.
Dr Daroyah (PKR-Sementa) berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ng Tien Chee (DAP-Balakong) yang ingin tahu mengenai teknologi baharu mencegah denggi dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini, hari ini.
Dr Daroyah berkata jumlah kes denggi yang paling tinggi dicatatkan di daerah Petaling semakin menurun berikutan pelbagai kaedah program 'Terjah Denggi' yang dilancarkan kerajaan negeri sejak Januari lepas.
"Data terkini sehingga Sabtu lepas, jumlah kes menurun kepada 433 kes berbanding 547 kes pada 21 Mac.
"Jumlah keseluruhan kes denggi di Selangor turut menurun daripada 1,754 kes pada 7 Feb kepada 970 kes sehingga Sabtu lepas," katanya menjawab pertanyaan lisan Yaakob Sapari (PKR-Kota Anggerik) yang ingin mengetahui status program 'Terjah Denggi' negeri ini.
Jelas Dr Daroyah, teknik semburan 'Outdoor Residual Spray' (ORS) di luar kawasan rumah akan terus diaplikasikan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di kawasan Petaling, Gombak, Hulu Langat dan Klang.
"Program gotong-royong akan diteruskan supaya masyarakat lebih memahami kepentingan mewujudkan persekitaran yang bersih sekali gus mengekalkan tahap kesihatan dan kawasan tempat tinggal di samping mengurangkan tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya.
Bernama
Wed Apr 01 2015
Kerajaan Selangor guna teknologi baharu tangani denggi - Gambar fail
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.