Kerajaan telah memulakan semakan semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi memberi gambaran sebenar isu kemiskinan di Malaysia.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kajian yang bermula pada Mac tahun ini turut akan mengambil kira Laporan ‘End of Mission Statements’ oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Prof Philip Alston baru-baru ini.
“Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, Kerajaan telah memperkenalkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI – Multi-Dimensional Poverty Index).
“Ia sebagai pelengkap kepada PGK untuk mengukur dan memantau kemiskinan dalam perspektif pelbagai dimensi yang merangkumi kesihatan, pendidikan, pendapatan dan taraf hidup. MPI ini dilihat lebih inklusif selaras dengan amalan antarabangsa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Port Dickson) yang bertanyakan berkenaan langkah dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan berkenaan dengan laporan yang dinyatakan oleh Philip terhadap kadar kemiskinan negara yang kian meruncing.
Menjawab perkara tersebut, Dr Mahathir menjelaskan bahawa kadar kemiskinan rasmi di Malaysia dikira berdasarkan cerapan data Tinjauan Pendapatan Isi Rumah (HIS – Household Income Survey).
“Ia dilakukan mengikut piawaian amalan antarabangsa yang diselenggara oleh Bahagian Statistik PBB (UNSD – United Nation Statistic Division).
“Sehubungan itu, perangkaan kemiskinan daripada HIS masih relevan dan boleh dipercayai pada peringkat penilaian makro.
“Namun, pada peringkat yang lebih mikro seperti negeri atau daerah, perangkaan HIS perlu diguna secara berhati-hati kerana ia tidak menggambarkan corak penggunaan, keperluan serta demografi sebenar isi rumah berikutan ralat persampelan yang tidak boleh dielakkan,” katanya.
Sementara itu, Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai) menerusi soalan tambahan turut meminta Dr Mahathir bertanyakan apakah bayangan inisiatif Kerajaan dalam menangani kemiskinan di negara ini.
Dr Mahathir bagaimanapun tidak memberi sebarang indikasi berkenaan apakah yang akan diumumkan Kerajaan dalam menangani kemiskinan pada Belanjawan 2020 yang bakal dibentang pada Jumaat ini.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 07 2019
Dr Mahathir berkata kajian yang bermula pada Mac tahun ini turut akan mengambil kira Laporan End of Mission Statements oleh Prof Philip Alston. -Gambar fail
Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani
Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Guardiola rai kontrak baru Erling Haaland sebagai luar biasa
Pep Guardiola melaungkan pujian terhadap keputusan Erling Haaland yang menandatangani kontrak jangka panjang baharu di Manchester City.
AWANI Ringkas: Pesanan kepada diaspora Malaysia di luar negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: ASEAN 2025 bermula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Mahasiswa negara sebagai bakat terbaik
Mahasiswa merupakan aset terpenting negara. Dengan bakat, semangat, dan daya inovasi, mereka menjadi pemacu kemajuan dan tonggak harapan masa depan. Bagaimana untuk terus memastikan perkara ini dikecapi terutamanya dalam sistem pendidikan tinggi negara? Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 18 Januari 2025
1️⃣ Cabaran Malaysia sebagai Pengerusi
2️⃣ Potensi tarik pelaburan bernilaI RM11 bilion
3️⃣ 806 mangsa, 7 PPS beroperasi
#awaniringkas
1️⃣ Cabaran Malaysia sebagai Pengerusi
2️⃣ Potensi tarik pelaburan bernilaI RM11 bilion
3️⃣ 806 mangsa, 7 PPS beroperasi
#awaniringkas
Liga Pro Saudi: Al-Hilal gugur nama Neymar
Neymar tampak akan meninggalkan kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal, selepas dia tidak didaftarkan untuk perlawanan liga seterusnya.
Astro menang lima Anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam acara berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Ini merupakan kemenangan Astro ke-15 berturut-turut dengan sekali lagi merangkul Anugerah Platinum.
Ini merupakan kemenangan Astro ke-15 berturut-turut dengan sekali lagi merangkul Anugerah Platinum.
Penyertaan UK buka laluan lebih mudah pelaburan ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sesuatu perkembangan yang positif apabila sesebuah kerajaan Inggeris bersetuju untuk menyertai perjanjian tersebut.
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN bermula hari ini
Malaysia akan mengetengahkan tiga tonggak utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya selaku pengerusi ASEAN 2025.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ini bertujuan memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, ini bertujuan memastikan ASEAN lebih bersepadu, inklusif dan mampan, sekali gus memperkukuhkan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Kerajaan semak semula Pendapatan Garis Kemiskinan - PM
Kajian yang bermula pada Mac tahun ini turut akan mengambil kira Laporan End of Mission Statements oleh Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Prof Philip Alston baru-baru ini.