Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat.

Matlamat utama majlis tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang saksama, serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

"Majlis ini ditubuhkan bagi menyahut dan bertindak ke atas maklum balas rakyat jelata terhadap masalah yang mereka hadapi, khususnya dalam bidang ekonomi.

"'Ia juga akan meneliti isu-isu berkaitan kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah," kata PMO dalam satu kenyataan.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu turut menyenaraikan anggota Majlis Tindakan Ekonomi;
Menurut PMO, pelantikan itu berkuat kuasa serta merta manakala sekretariat bagi majlis berkenaan adalah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.

--BERNAMA