Lebih 500 penumpang berada dalam keadaan panik apabila dua buah kereta api penumpang dilapor bertembung di Jalan Kuala Kubu, berhampiran Stesen Komuter Batang Kali.
Kejadian kira-kira pukul 1.48 petang tadi itu melibatkan sebuah kereta api biasa dan sebuah tren ETS.
Kereta api KTM dengan 13 gerabak itu dalam perjalanan dari Butterworth menuju ke Kuala Lumpur, tren ETS berkenaan bergerak dari Kuala Lumpur menghala ke Ipoh.
Berdasarkan maklumat awal, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengesahkan kemalangan melibatkan tiga gerabak.
Tiga penumpang dilapor mengalami cedera ringan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Astro Awani
Sat May 07 2016
Keadaan kereta api yang bertembung di Stesen Komuter Batang Kali. - Foto sumber Twitter JBPM
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Suami isteri maut kemalangan dua kenderaan di Lipis
Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
Dua penunggang motosikal maut bertembung
Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia susulan kecederaan parah di kepala.
Dua maut nahas dua kenderaan di Baling
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Penunggang motosikal kuasa tinggi maut, isteri parah
Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Kuala Kangsar.
15 cedera kereta api tergelincir selepas bertembung lori
Pemandu lori berkenaan dikejarkan ke hospital akibat kecederaan di kepala manakala 14 lagi cedera ringan.
Remaja antara dua maut motosikal bertembung
Remaja perempuan berusia 13 tahun maut, manakala adik perempuannya yang berusia 11 tahun cedera dalam kejadian itu.
Wanita maut kereta bertembung lori tangki
Kejadian tersebut turut menyebabkan dua penumpang kereta cedera termasuk seorang kanak-kanak.
Lelaki maut, motosikal gagal potong lori
Mangsa berusia 52 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Dua maut kereta bertembung pacuan empat roda
Kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki dan wanita berusia 27 dan 54 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.