Kira-kira 12,000 penumpang Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) hari ini terjejas ekoran insiden tren kargo tergelincir di KM200.332 di Kampung Bakap berhampiran Stesen Keretapi Batu Gajah di sini, awal pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Ridhwan Arshad berkata sebanyak 40 jadual perjalaan ETS iaitu dari Gemas-Kuala Lumpur-Padang Besar menghadapi kesulitan hari ini berikutan kejadian itu.
"Laluan sepanjang 35 kilometer iaitu dari Kampar ke Ipoh telah dihentikan selama 48 jam bagi kerja membaik pulih," katanya kepada pemberita di Stesen Keretapi Batu Gajah, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, penumpang yang ingin meneruskan perjalanan, KTM menyediakan perkhidmatan bas transit dari Stesen Keretapi Ipoh ke Stesen Keretapi Kampar bagi penumpang yang datang dari utara manakala penumpang dari selatan akan menaiki bas dari Stesen Keretapi Kampar ke Stesen Keretapi Ipoh.
"Penumpang yang tidak berhasrat meneruskan perjalanan boleh menebus semula wang tiket di mana-mana kaunter KTM berhampiran atau menghubungi talian 03-22671200 atau melayari laman sesawang KTMB di www.ktmb.com.my," katanya.
BACA: 21 gerabak tren kargo tergelincir di Batu Gajah
BACA: Tren kargo tergelincir: Pengguna luah kebimbangan perancangan perjalanan terjejas
Beliau berkata penjualan tiket ETS masih berjalan seperti biasa dan perkara itu telah dimaklumkan kepada semua penumpang menerusi pelbagai medium termasuk hebahan radio, kenyataan di lawan sesawang serta poster di kaunter stesen kereta api.
Dalam pada itu, Ketua Operasi KTMB S. Mahendran berkata setakat ini kerja mengalih gerabak kereta api yang tergelincir sedang giat dijalankan.
"Ketika ini adalah waktu cuti sekolah dan cuti perayaan Deepavali, jadi kita akan mencuba sedaya upaya mempercepatkan kerja membaik pulih.
"Bagaimanapun, kita jangka ia akan mengambil masa 48 jam untuk membersihkan satu laluan landasan serta memerlukan masa yang agak lama bagi memulihkan semula bekalan elektrik di laluan terbabit untuk membolehkan perjalanan ETS berjalan seperti biasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata dalam kejadian pukul 3.15 pagi tersebut, seorang pemandu kereta api berumur 46 tahun hanya cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Batu Gajah manakala pembantunya berumur 23 tahun tidak mengalami kecederaan.
"Polis, bomba dan KTMB sedang menjalankan kerja pemulihan serta menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui punca sebenar kejadian," katanya.
Kereta api kargo yang membawa 40 gerabak kosong dengan dua enjin lokomotif dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menuju ke Tasek, Ipoh untuk mengambil simen.
Dalam kejadian itu, dua lokomotif dan 25 gerabak telah tergelincir dan menghalang laluan utara dan selatan. -- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2016
25 gerabak dan 2 lokomotif tergelincir dari landasan berhampiran Kampung Bakap hari ini. -- fotoBERNAMA
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Kereta api kargo terbakar jatuh dari jambatan
Tim McMahan berkata, akibat daripada kemalangan itu, sebahagian jambatan itu runtuh.
Kereta api kargo tergelincir, 12,000 penumpang ETS terjejas
Sebanyak 40 jadual perjalanan ETS iaitu dari Gemas-Kuala Lumpur-Padang Besar menghadapi kesulitan hari ini berikutan kejadian itu.