Kejadian itu dipercayai berlaku jam 2.30 pagi.
Mangsa bersama penumpang dirujuk ke Hospital Mersing untuk pemeriksaan lanjut.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superitenden Cyril Edward Nuing yang mengesahkan kejadian berkata jalan runtuh itu adalah jalan utama melibatkan kedalaman cerun 15 meter dengan keluasan 70 meter.
Katanya, laluan tersebut tidak selamat untuk dilalui mana-mana kenderaan ringan atau berat dan ia kini ditutup sepenuhnya.

Orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Nitar-Jemaluang untuk ke arah Johor bahru atau Mersing.