Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan terdapat kes COVID-19 di Pangkalan Udara Subang dan Kementerian Pertahanan (Mindef), di sini.
Perkara berkenaan disahkan oleh Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang ketika dihubungi Bernama pada Khamis
"Perkara itu tidak benar. Sebenarnya Panglima Operasi TUDM ada mengadakan lawatan di sebuah hospital swasta di Subang yang terdapat kes pesakit COVID-19 ditempatkan di situ.
"Beliau, bagaimanapun telah diperiksa dan dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga dan dia disahkan bebas daripada jangkitan COVID-19. Perkara ini telah disalah tafsir," katanya.
Dalam pada itu, Affendi turut menafikan terdapat kewujudan mesin pengimbas suhu badan di bangunan Mindef.
"Saya sendiri ada di Mindef, takkan saya tidak tahu mengenai perkara berkenaan (pengimbas suhu badan). Jadi ia tidak tepat," katanya.
Terdahulu, tersebar di aplikasi WhatsApp kononnya berlaku penularan wabak COVID-19 dalam kalangan anggota pasukan keselamatan itu yang mengambil langkah berjaga-jaga khususnya di Pangkalan Udara Subang serta kewujudan mesin pengimbas suhu badan di Tingkat 18 bangunan Mindef.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 05 2020

Affendi turut menafikan terdapat kewujudan mesin pengimbas suhu badan di bangunan Mindef. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Peruntukan tambahan RM200 juta diguna baiki kerosakan dalam rumah anggota tentera
Peruntukan tambahan RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota ATM, akan digunakan bagi pembaikan kerosakan rumah anggota.

Pasukan Starlight II selamat tiba di tanah air
Sepanjang tempoh operasi, Hospital Medan Malaysia telah merawat seramai 2,415 pesakit termasuk 83 kes pembedahan.

Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu
Datuk Abdul Rahman Ayob menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.

Tiada kompromi anggota terlibat jenayah, langgar disiplin - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan 20 anggotanya disiasat polis berhubung dua kes rompakan di Semporna, Sabah pada 15 dan 18 Ogos lepas.

SKN 2.0 dilancar, jadi dokumen strategi terkini ketenteraan
Panglima Angkatan Tentera melancarkan dokumen Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0 yang menjadi dokumen strategi terkini yang relevan, berkesinambungan dan praktikal.

Bajet 2023: Bajet pertahanan perlu ditingkatkan 1.5 peratus daripada KDNK - PAT
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 peratus peruntukan daripada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi memastikan kesiapsiagaan aset pertahanan pada tahap tertinggi.

LIMA bakal buat kemunculan semula secara besar-besaran tahun depan - Affendi
Malaysia yakin LIMA 2023 bakal menjadi acara paling popular di rantau ini selepas edisi terakhir LIMA atau LIMA 19.

DEFTECH, FNSS Turki lanjut kerjasama bekal kenderaan perisai kepada Malaysia
DEFTECH telah bekerjasama dengan FNSS sejak 2011, bermula daripada pembekalan AV8 Gempita kepada Tentera Darat Malaysia.

Perlu keseimbangan antara tugas utama ATM dan peranan dalam CIMIC - Panglima ATM
Pertimbangan sewajarnya juga diberikan untuk melaksanakan peranan menangani cabaran keselamatan bukan tradisional yang dihadapi negara.

Lebih 700 anggota, keluarga ATM terjejas banjir terima sumbangan kerajaan UAE
Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata sumbangan berkenaan disampaikan Duta Emiriah UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith.