Polis mungkin akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di laman Facebook milik bekas perdana menteri itu yang didakwa berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Nga Kor Ming.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis akan meneliti dahulu laporan polis dibuat setiausaha sulit kanan kepada Kor Ming terbabit di Ipoh, Perak pada 3 Oktober lalu.
“Kita akan siasat laporan polis yang kita terima dahulu. Jika ada keperluan sesiapa saja kita akan panggil.
“Sekiranya perlu , kita akan siasat laporan yang kita terima ni bila dipanggil, belum ada tarikhnya lagi,” kata beliau kepada pemberita, di sini pada Rabu.
Semalam, Kor Ming menggesa polis menyiasat FB ‘Najib Razak’ susulan hantaran didakwa berbaur fitnah ke atasnya yang dimuat naik 30 September lalu.
Pada hari sama, beliau turut hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan bagi siasatan status yang dimuat naik dalam akaun Facebook bernama ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Astro Awani
Wed Oct 09 2019
Semalam, Kor Ming menggesa polis menyiasat FB Najib Razak susulan hantaran didakwa berbaur fitnah ke atasnya yang dimuat naik 30 September lalu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Kes tikam: Khalida reda kehilangan suami, anak perempuan serentak
Isteri dan ibu kepada dua beranak yang maut ditikam di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam, reda dengan pemergian dua orang tersayang.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Rusia-Ukraine: Ukraine harus neutral jika mahu aman - Putin
Ukraine harus kekal berkecuali sekiranya mahu mempunyai peluang untuk keamanan dan sempadannya harus mengikut kehendak penduduk yang tinggal di wilayah yang dituntut Rusia.
Enjin bermasalah, pesawat Qantas berpatah balik
Juruterbang pesawat QF520 menyedari pesawat berkenaan mengalami kegagalan enjin sebaik sahaja berlepas.
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Ina Naim sah bergelar isteri jurutera
Penyanyi dan Usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor dengan sekali lazaf.
PDRM antara agensi paling tinggi ambil tindakan tatatertib
Polis Diraja Malaysia merupakan antara agensi yang paling tinggi mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai dan anggotanya.
Rasuah politik: SPRM bertemu tiga Ahli Parlimen DAP
SPRM tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada Ahli-ahli Parlimen berkenaan.
Kes fitnah: Polis mungkin akan panggil Najib
Polis mungkin akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di laman Facebook milik bekas perdana menteri itu.
Kursus bahasa untuk ahli Parlimen tak dapat kredit BM - Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata kursus itu tidak semestinya dijalankan secara berterusan.