Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes buli yang berlaku di sebuah sekolah di Selangor semalam.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihak Kementerian akan menunggu tindakan selanjutnya oleh polis.
"Kes itu jadi kes polis, biarlah siasatan dilakukan pihak polis dan apa juga tindakan oleh polis kita akan patuh kerana insiden ini melibatkan kecederaan.
"Pihak Jabatan Pendidikan Selangor telah meminta sekolah terbabit membuat laporan tentang apa yang berlaku dan pada saya, biarlah polis siasat," kata Mahdzir.
Dalam insiden semalam, seorang pelajar tahun dua Sekolah Rendah Bukit Tinggi, Klang telah dipaksa rakannya untuk menggunting lidah sendiri.
Mangsa, Muhammad Ali Shukran Alias, 8, dilapor diugut akan dibelasah lima murid tahun tiga sekiranya enggan berbuat demikian.
Kes kini dalam siasatan pihak polis setelah ibu mangsa membuat laporan.
Mengulas lanjut mengenai kes buli melibatkan pelajar sekolah, Mahdzir berkata ia tidak menunjukan trend peningkatan.
Katanya, kes buli yang berlaku melibatkan sekolah tertentu di mana persekitaran kawasan turut menyumbang kepada perlakuan tersebut.
Katanya lagi, sukar untuk Kementerian memantau lebih 5 juta pelajar dan sudah pasti kes berkenaan boleh berlaku di mana sahaja tidak kira sama ada sekolah bandar atau luar bandar.
Di samping itu, beliau menjelaskan kes-kes melibatkan sekolah, dibolehkan diselesai di peringkat sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri tanpa perlu merujuk kepada pihak Kementerian.
Katanya Jabatan Pendidikan Negeri diberi kuasa untuk menentukan bentuk tindakan terhadap kes melibatkan salah laku pelajar.
Muhafandi Muhamad
Sat Mar 26 2016
Muhammad Ali Shukran (gambar) dilapor diugut akan dibelasah lima murid tahun tiga sekiranya enggan menggunting lidahnya. -Gambar Astro AWANI
Lima ahli Jawatankuasa Aduan SPRM dilantik bagi tempoh 2024-2027
Seramai lima ahli Jawatankuasa Aduan (JKA) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terima watikah pelantikan untuk tempoh 2024 hingga 2027.
RUU berkaitan CCUS penting, namun ada beberapa isu & cabaran perlu diambil kira
Rang undang-undang bagi industri pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) sangat penting namun terdapat banyak cabaran untuk melaksanakannya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu esok, luruan monsun dari 8-14 Disember ini
Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung.
AWANI Ringkas: Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan lebih RM22 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AstroBiz perkasa pengalaman tontonan sukan melalui BizOne Watch Party di sBRJ
AstroBiz terus memperkukuh pengalaman tontonan sukan rakyat Malaysia melalui inisiatif BizOne Watch Party, sebuah acara interaktif yang kini menjadi tumpuan utama di restoran dan kafe terpilih.
CAF 2024: Perdagangan antarabangsa perlukan reformasi segera - PM Anwar
Sistem perdagangan antarabangsa memerlukan reformasi segera kerana masih terdapat beberapa amalan perdagangan yang tidak adil.
Perak bincang cadangan tiada hidangan minuman bergula di jabatan kerajaan
Kertas cadangan berkenaan tiada penyajian hidangan minuman bergula di kesemua jabatan dan agensi kerajaan di Perak akan dibentangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri akan datang.
Trump namakan bapa mentua anak perempuannya sebagai penasihat kanan di Asia Barat
Massad Boulos adalah satu lagi nama daripada keluarga rapat Trump yang akan bekerjasama dalam penggal kedua beliau yang akan datang.
Mahasiswa maut dalam perjalanan ke kampus
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Situasi banjir di seluruh negara tunjuk tanda pemulihan - Ahmad Zahid
Situasi banjir di seluruh negara mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan, dengan jumlah mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencatatkan trend penurunan.
Kes gunting lidah: Kementerian Pendidikan serah kepada polis
Dalam insiden semalam, seorang pelajar tahun dua Sekolah Rendah Bukit Tinggi, Klang telah dipaksa rakannya untuk menggunting lidah sendiri.