Sebanyak 23,454 kes penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara dari 3 Jan hingga 6 Ogos, meningkat 17.8 peratus atau 19,916 kes untuk tempoh sama tahun lepas.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk tempoh berkenaan, purata kes yang dilaporkan turut meningkat kepada 757 kes seminggu berbanding 642 kes untuk tempoh sama pada 2015.
"Walaupun kebiasaannya hanya gejala ringan, ia cepat menular dengan kadar serangan hampir 100 peratus dalam kalangan kanak-kanak di bawah 10 tahun terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti taska dan tadika," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 7,471 kes diikuti Sarawak (3,007), Johor (2,294), Kuala Lumpur (2,084), Sabah (1,535), Perak (1,361), Pulau Pinang (1,357), Melaka (1,198), Negeri Sembilan (889), Kedah (641), manakala negeri-negeri lain kurang daripada 500 kes.
Menurutnya tiga daerah di Selangor yang mencatat bilangan kes tertinggi adalah Petaling (2,699), Hulu Langat (1,801) dan di Klang (1,023 kes).
Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,885 kes HFMD dilaporkan pada 31 Julai hingga 6 Ogos, meningkat 600 kes berbanding 1,285 kes minggu sebelumnya.
Beliau berkata penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71) dan merebak melalui sentuhan dengan air liur, cecair lepuh dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara tiga hingga lima hari.
"Kebiasaannya jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah dengan hampir keseluruhan pesakit pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa tujuh ke 10 hari.
Menurutnya kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.
Bagaimanapun, beliau berkata jangkitan EV 71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis (radang otak), pulmonary edema (radang paru-paru berair) dan myocarditis (radang pada otot jantung), namun, ia jarang berlaku.
Dr Noor Hisham berkata ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang mengalami jangkitan perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk tidak dibawa ke tempat-tempat awam, membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor selain mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, menyentuh atau merawat lepoh dan semasa mencuci najis kanak-kanak itu.
Pengamal perubatan dan orang ramai boleh melaporkan kes HFMD di premis taska, tadika dan sekolah terlibat ke pejabat kesihatan daerah yang berhampiran, kata beliau.
Bernama
Thu Aug 11 2016
Sebanyak 23,454 kes penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara dari 3 Jan hingga 6 Ogos. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Lima individu ditembak di sebuah sekolah di selatan Sweden, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Selasa.
Mesir hantar jentera berat ke Gaza bersihkan sisa runtuhan
Sebuah konvoi jentera berat dan jentolak yang membawa bendera Mesir bergerak dari Rafah, Mesir menuju ke Gaza pada Selasa dipercayai bagi memulakan proses pembersihan runtuhan.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Dengan gencatan senjata di Gaza, rakyat Palestin memohon bantuan kecemasan mencecah berbilion dolar selepas bandar mereka musnah akibat serangan udara Israel.
Tebusan Hamas warga Thailand kembali ke pangkuan keluarga
Empat daripada lima tebusan Thailand yang dibebaskan selepas 15 bulan dalam tawanan di Gaza bertemu dengan ahli keluarga mereka pada Selasa di Pusat Perubatan Shamir, Israel.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Kesemua pekerja ladang itu dibebaskan pada Khamis sebagai sebahagian daripada pusingan ketiga pertukaran tahanan bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Govtech dijangka dilancarkan pada suku pertama 2025 – Gobind
Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata dasar untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan kerajaan atau GovTech kini dalam proses penilaian semula dan ijangka akan dimuktamadkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Hujah notis usul batal pertuduhan didengar 25 Februari ini
Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 25 Februari depan bagi mendengar hujahan notis usul ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin yang memohon pembatalan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak austistik itu.
Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan perkara itu bagi meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.
Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan perkara itu bagi meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pasangan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.
Kes HFMD meningkat 17.8 peratus - KP Kesihatan
Purata kes yang dilaporkan turut meningkat kepada 757 kes seminggu berbanding 642 kes untuk tempoh sama pada 2015.