Jadikan kejadian yang menimpa 47 rakyat Malaysia sebagai iktibar, kata Menteri Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Datuk Dr Othsman Hassan.
Katanya, jangan diulangi kesilapan yang sama di masa akan datang kerana tawaran gaji yang lumayan dalam ribuan dolar Amerika itu ternyata tidak masuk akal.
"Jika benar tawaran gaji ribuan dolar Amerika, sudah pasti rakyat Kemboja akan diambil bekerja terlebih dahulu," katanya kepada kesemua 47 tahanan yang dibebaskan secara rasminya pada Majlis Simbolik Penyerahan Rakyat Malaysia daripada Kerajaan Kemboja kepada Kerajaan Malaysia dan Sarawak di Siem Reap, sebuah bandar pelancongan di bahagian barat laut Kemboja.
Semua tahanan dibebaskan tanpa dibicara setelah mendapat restu Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Othsman mewakili kerajaan Kemboja manakala Malaysia dan Sarawak diwakili Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Hadir sama, Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pegawai kanan Wisma Putra termasuk Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Malaysia di Phonm Penh, Ruzaimi Mohamad dan Pengarah Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Deddy Faisal Ahmad Salleh.
Sementara itu, Fatimah Abdullah berkata, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan Kemboja kerana memberikan kerjasama yang cukup baik dengan kerajaan Malaysia sepanjang proses rundingan membawa pulang kesemua tahanan itu berlangsung sebelum ini.
"Dengan kuasa Allah kita sudah diketemukan dengan orang seperti Datuk Othsman dan rakan-rakan beliau yang seikhlas hati membantu dalam usaha pembebasan.
"Begitu juga dengan usaha dan sokongan padu yang diberikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah," katanya.
Buat masa kini, kata Fatimah, kerajaan Malaysia sedang menguruskan pengangkutan membawa balik kesemua 47 warga Malaysia tersebut kembali ke tanah air.
"Pada mulanya kita bercadang untuk membawa balik secara berperingkat, tapi adalah lebih baiknya jika semua dapat balik secara berkumpulan, susah senang kita semua harung bersama," katanya. -- Bernama
Bernama
Sat Feb 16 2019

Ketua NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican (tiga kiri) bersama Othsman (kanan) di penjara Provinsi Banteay Meanchey untuk berunding bagi membebaskan 47 warga Malaysia yang ditahan di sana, pada Jumaat. - BERNAMA
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Suspek pembunuh bekas ahli parlimen Kemboja di Bangkok, ditahan di Kemboja
Polis Nasional Kemboja jalankan pencarian teliti dan pada 1.50 tengah hari, 8 Jan 2025, Polis Provinsi Battambang menemukan dan menahan suspek.

Grab ambil alih syarikat penghantaran makanan di Kemboja
Dengan pengambilalihan oleh Grab ini, ia sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Grab di pasaran Kemboja.

Harimau Malaya sekadar kongsi mata dengan Kemboja
Malaysia memulakan kempen Piala ASEAN 2024 dengan kurang meyakinkan apabila sekadar meraih keputusan seri 2-2 dengan Kemboja pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh.

Piala ASEAN: Pertemuan dengan Kemboja tidak mudah - Pau Marti
Ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia Pau Marti Vicente sedar bahawa perlawanan pembukaan Kumpulan A Piala ASEAN 2024 mereka bertemu Kemboja bukanlah sesuatu yang mudah.

Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja
Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.

Juadah Malaysia: Raikan nostalgia diaspora, pikat selera Kemboja di Phnom Penh
Juadah ini menyampaikan mesej yang mendalam, melangkaui sempadan dan membangkitkan rasa identiti Malaysia.

Malaysia, Kemboja lancarkan jalinan pembayaran QR rentas sempadan - BNM
Menerusi jalinan ini, pengguna dan peniaga di kedua-dua negara boleh membuat dan menerima pembayaran rentas sempadan melalui kod QR secara masa nyata.

Bom tinggalan perang seberat 340kg ditemukan di Kemboja
Bom M117 itu dengan berat keseluruhan kira-kira 340 kilogram ditemukan di kawasan sawah padi di daerah Kandal Steung.

Kemboja lancar kad e-Ketibaan untuk penumpang penerbangan bulan depan - PM
Kad e-Ketibaan digital ini akan menggantikan borang kertas untuk pengisytiharan imigresen, kesihatan dan kastam.

Perdagangan Kemboja dengan ASEAN meningkat 11.6 peratus separuh pertama 2024
Kerajaan Kemboja mengeksport produk bernilai AS$2.68 bilion ke negara ASEAN lain dalam tempoh Januari-Jun tahun ini.