"Janganlah anggap dua pesalah wanita ini hina, orang yang buruk dan jelik kerana apabila mereka bersedia menerima hukuman ia adalah tanda telah insaf dan sedar atas kesilapan."
Itu peringatan Hakim Syarie Kamarulazmi Ismail susulan pelaksanaan hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terenganu hari ini ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, April lalu.
Tegasnya, hukuman itu juga adalah berbentuk pengajaran, peringatan serta pencegahan kepada pesalah itu sendiri dan masyarakat supaya tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
"Sebatan dalam syariah bukan untuk mencederakan, menyeksa, dan mengazabkan pesalah. Mudah-mudahan hukuman ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada seluruh umat Islam dan memberi gambaran bagaimana hukuman syariah itu adalah satu hukuman yang berbentuk mendidik dan bukan untuk menyeksa," katanya.
Kamalruazmi berkata demikian di awal prosiding dengan disaksikan Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd dan Hakim Kanan Syarie Terengganu Rosdi Harun serta lebih 100 orang yang berada di galeri awam.
Dua wanita itu, berusia 32 dan 22 tahun masing-masing, dihukum sebat enam kali kerana cuba melakukan hubungan seks dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, pada 1.50 tengah hari 8 April lepas.
Selain itu, kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.
Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggalah tempoh tamat.
Sementara itu, pada sidang akhbar, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Satiful Bahari Mamat yang sempat menyaksikan pelaksanaan hukuman itu turut memberi peringatan yang sama dan berharap tiada spekulasi negatif berkenaan kes tersebut.
Katanya segala prosedur telah dipatuhi dan pihak Penjara Kajang serta Pengkalan Chepa, Kelantan bertanggungjawab melaksanakan hukuman hari ini.
Mengenai tahap 'kekuatan sebatan' yang dilihat berbeza ke atas setiap tertuduh, Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri berkata ia hanyalah pada pandangan mata kasar dan berikutan bunyi berbeza kerana pegawai penjara masih mematuhi prosedur yang ditetapkan.
"Hakikat sebenar kita tidak tahu. Berbunyi kuat tidak semestinya lebih kuat. Yang ditekankan ialah mengikut tatacara (peraturan). Tidak semestinya apa yang kita nampak itu betul," katanya.
Antara peraturan yang ditetapkan ialah orang yang melaksanakan sebat hendaklah menggunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukai kulit pesalah dan bagi pesalah wanita hendaklah dilaksanakan dalam keadaan pesalah duduk.
- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018

Sebatan dalam syariah bukan untuk mencederakan, menyeksa, dan mengazabkan pesalah. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Hakim Syarie ditahan SPRM terima suapan RM4,000
Suspek dipercayai mendapat wang suapan itu untuk melepaskan kes khalwat membabitkan seorang anggota polis yang dalam perbicaraan mahkamah.

Isteri Awie pohon ketepikan perintah hak jagaan anak sementara
Isteri penyanyi dan pelakon Awie telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak jagaan sementara ke atas tiga anak mereka.