Tidak sampai 24 jam selepas kekacauan di sekitar Plaza Low Yat di tengah ibu negara malam tadi, pasukan polis menggerakkan usaha memburu individu yang disyaki terlibat mencetuskan insiden itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menangkap blogger yang dikenali sebagai Papa Gomo.
Blogger itu dikehendaki kerana menyebarkan berita palsu berhubung kekecohan di pusat barangan komputer itu pada Sabtu.
Mahkamah dalam satu kes saman sivil pada 2013 mengenal pasti blogger dengan nama Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.
Ketua Polis Negara juga mengesahkan apa yang berlaku pada Sabtu itu bermula dengan kejadian curi telefon dan bukannya peniaga menipu pembeli telefon.
Remaja yang bersubahat dengan suspek curi itu kemudian mengada-adakan cerita kononnya mereka ditipu.
Berita palsu itu kemudiannya merebak melalui media sosial dan membawa kepada tunjuk perasaan hampir 200 orang malam tadi, yang kemudiannya bertukar ganas.
Selain Papa Gomo, Khalid juga mengarahkan polis memburu pengguna media sosial yang menyebarkan berita palsu itu.
Sementara itu, jumlah tangkapan berhubung kes di Low Yat telah meningkat kepada 19 orang setakat ini.
Astro Awani
Mon Jul 13 2015

Khalid (tengah) memantau keadaan di Plaza Low Yat siang tadi. - Astro AWANI/Shahir Omar

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Insiden Low Yat: Polis sangkal dakwaan tidak siasat menyeluruh
Polis sememangnya menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden itu yang meliputi kecurian, merusuh, perlakuan khianat dan hasutan.

Kes Low Yat: Jumlah tangkapan 19 orang setakat ini
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata jumlah itu tidak termasuk blogger yang dikenali sebagai Papa Gomo.

Kes Low Yat: KPN arah polis tangkap blogger
Khalid Abu Bakar telah mengarahkan polis menangkap blogger yang dikenali sebagai Papagomo yang disyaki terlibat mencetuskan insiden itu.

Low Yat: 'Jangan percaya maklumat di media sosial, serah sahaja pada polis' - Najib
Tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik gambar-gambar palsu di media sosial hanya sekadar menghangat kes ini dan memberi perspektif tidak tepat kepada orang ramai.