Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa tertuduh kes curi sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat pada Julai lalu, telah mengambil telefon bimbit itu dan terus meninggalkan kedai telefon tersebut.
Bekas pekerja Techasia Boutique, See Ming Ho berkata tertuduh Shahrul Anuar Abdul Aziz, mengambil telefon itu selepas beliau (See) berpusing ke belakang untuk mengambil hadiah percuma bagi pembelian telefon bimbit jenis Lenovo.
See berkata selepas beliau bersetuju dengan harga diskaun yang ditawarkan tertuduh, beliau kemudian memusingkan badan untuk mengambil hadiah percuma itu, bagaimanapun ketika beliau berpusing semula, beliau melihat tertuduh telah meninggalkan kedai bersama telefon bimbit tersebut.
"Saya nampak dia ambil telefon dan meninggalkan kedai (di tingkat UG) dan saya lihat dia lari ke arah eskalator. Masa tu saya jerit 'Pencuri! Pencuri! Pencuri!' sebanyak tiga kali dan lihat dia terjatuh (sebaik menuruni eskalator ke tingkat bawah, iaitu G)," katanya.
Saksi pertama itu memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama kes Shahrul Anuar, 22, seorang penganggur yang didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang, pada 4.47 petang, 11 Julai lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Jerit meminta tolong
Menceritakan kejadian itu, See, 27, jurujual di kedai telefon Techasia Boutique dan bekerja di situ selama sebulan dari 5 Jun 2015 hingga 13 Julai 2015 berkata selepas itu beliau menjerit meminta tolong.
Beliau kemudiannya bergegas turun ke tingkat G dan melihat pekerja di sebuah kedai telefon lain menahan tertuduh dan tidak berapa lama kemudian pengawal keselamatan di plaza itu datang dan tertuduh dibawa ke bilik pengawal.
"Semasa saya berada di bilik pengawal keselamatan, saya tanya kepada tertuduh, bolehkah serah telefon itu kepada saya, lelaki itu berkata telefon itu tidak ada," katanya dan menambah dia kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Ketika ditanya oleh seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne mengenai bagaimana dia boleh begitu pasti tertuduh yang mencuri telefon itu, saksi itu berkata kerana dia yang menyerahkan telefon bimbit itu kepada tertuduh dan dia melihat tertuduh beredar dari kedai sambil memegang telefon bimbit itu.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Nur Hayati Don Omar yang mewakili tertuduh, saksi itu berkata dia bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa kedainya terletak di tempat laluan orang ramai namun tidak bersetuju sesiapa sahaja boleh mengambil telefon itu dan beredar dari situ.
Kepada soalan balas peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, saksi itu memberitahu dia tidak tahu di mana telefon bimbit itu berada selepas tertuduh jatuh dari eskalator.
"Saya tidak nampak telefon semasa saya sampai di situ (tempat tertuduh terjatuh).
"Saya nampak tertuduh berlari ke bawah kemudian dia terjatuh dari eskalator, (masa itu) saya nampak tertuduh dengan telefon, cuma (selepas tertuduh jatuh) telefon jatuh ke arah mana saya tak pasti," katanya yang memberitahu terdapat ramai orang ketika itu.
Selain peguam Nur Hayati dan Abdul Aziz, tertuduh turut diwakili Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dan Mohammad Yahya Zakaria.
Perbicaraan di hadapan Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor bersambung esok.
Bernama
Mon Nov 30 2015

Tertuduh dikatakan telah mengambil telefon bimbit itu dan terus meninggalkan kedai telefon tersebut. - Gambar fail

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Kes Low Yat: Saksi nampak tertuduh ambil telefon bimbit
Saksi pertama itu memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama kes seorang penganggur yang didakwa mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat.