Pergerakan Pemuda UMNO meminta Majlis Amanah Rakyat (Mara) bertindak rasional dan tidak menghabiskan duit rakyat dengan memberi peluang kedua kepada pesalah pedofil di bawah tajaannya.
Pelajar tajaan Mara, Nur Fitri Azmeer Nordin kini menjalani hukuman penjara bersabit kesalahan memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London.
Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak berkata Mara seolah-olah memperlihatkan mereka membela seorang yang terlibat dengan kes pedofilia yang dilihat seharusnya tidak dilindungi sama sekali.
"Harapnya Mara tidak membazir duit rakyat untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang mencemar nama baik sebuah institusi yang gah seperti Mara.
"Saya berpendapat ramai lagi pelajar yang layak mendapat biasiswa Mara. Berilah pada yang berkelayakan dan kurang berkemampuan bukan membazir duit rakyat beri kepada pelajar yang mempunyai rekod jenayah.
"Janganlah hanya kerana seorang genius, Nur Fitri mahu diberi peluang kedua.
"Saya ajak seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam hal ini, kerana ini adalah jenayah. Saya tidak setuju dalam soal ini. Kita harus tentang perbuatan melampau dan terkutuk yang dilakukan Nur Fitri ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
BACA: Mara beri peluang kedua kepada Nur Fitri
BACA: Pedofil: 'Bawa balik, biar kita didik dia ajaran Islam cukup-cukup' - Pendakwah bebas
BACA: Pedofil: 'Buat apa nak beri peluang kedua?' - Media Sosial
Ibdilllah mengulas keputusan Mara yang memberi peluang kepada Nur Fitri meneruskan pengajian di mana-mana institusi Mara dalam negara sejurus selesai menjalani hukuman dan kembali ke tanah air.
Dalam pada itu kata Ibdillah, pedofilia merupakan kes berat dan masyarakat tidak harus mengambil ringan hal Nur Fitri menyimpan koleksi besar video lucah kanak-kanak.
"Perkara ini tidak sihat buat negara dan masyarakat umum.
Nur Fitri perlu dibawa pulang ke Malaysia untuk menjalani hukumannya di sini agar rakyat sentiasa sedar bahawa kes seperti ini adalah kes yang berat.
"Hukumannya perlu diteruskan agar menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Soal penganiayaan terhadap kanak-kanak ini tidak boleh kompromi, jika itu perbuatan jenayah, maka Mara atau mana-mana agensi kerajaan tidak patut diberi peluang kedua atas alasan apa sekalipun.
"Nur Fitri patut dihukum seberat-beratnya, kerana apa yang dilakukan itu adalah satu jenayah.
Ini bukan soal pelajar itu 'genius' atau sebagainya. Ini soal jenayah dan salah laku," tegasnya.
Ibdillah turut memberi contoh pelajar-pelajar institut pengajian tinggi di negara ini yang tidak diberi peluang kedua kerana menyertai demonstrasi jalanan bakal di buang universiti dan sebagainya.
"Dalam isu berkenaan dimanakah peluang kedua untuk mereka? Tiada siapa yang menawarkan peluang kepada mereka.
"Saya tidak membela mereka yang sertai demonstrasi jalanan, tetapi ini soal logik akal.
"Kerana itu saya fikir Mara tidak bertindak rasional. Mana mungkin seorang pedofilia diberi peluang kedua hanya kerana pelajar tersebut adalah pelajar pintar Matematik," katanya.
Astro Awani
Wed May 06 2015

IBDILILLAH: Mara, tolong jangan bazir duit rakyat dalam kes pesalah pedofil. -Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

DEIG: 'Bukti kecelaruan Kerajaan Azmin Ali' - Ibdilillah
Kewujudan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) membuktikan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sedang dilanda masalah akauntabiliti yang begitu hebat.

Kes pedofil: Mara, tolong jangan bazir duit rakyat - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO meminta Mara bertindak rasional dan tidak menghabiskan duit rakyat dengan memberi peluang kedua kepada pelajar tajaannya Nur Fitri Azmeer Nordin.

Harga kad prabayar: SKMM mahu dengar pengguna atau telco? - Ibdillah
SKMM disifatkan tidak mengikut arahan JKDM dalam isu percanggahan keputusan harga kad prabayar selepas satu bulan pelaksanaan GST.

#KitaLawan: 'Apakah Nik Nazmi sudah tidak ada kerja lain?' - Ibdillah
Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dilihat hanya membuang masa dengan mengajak orang ramai untuk menyertai Perhimpunan #KitaLawan pada 1 Mei depan.

Kenapa Jho Low kata pemimpin UMNO 'kaki putar'? - Ibdilillah
Pergerakan Pemuda UMNO meminta pihak berkenaan untuk menyiasat Jho Low yang menuduh pemimpin UMNO sebagai kaki putar.

'Rafizi, debat dengan aku dahulu sebelum kata KJ penakut' - Ibdillah
Rafizi Ramli disifatkan seorang yang penakut apabila cuba mengalih jemputan debat Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak dengan alasan mahu berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.