Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan kekecewaan beliau terhadap keputusan penghakiman berhubung tuduhan membabitkan RM42 juta milik SRC International Berhad dan memaklumkan pasukan pembelaannya akan melakukan rayuan secepat mungkin.
"Saya amat kecewa dengan kehakiman dalam kes SRC International Sdn Bhd kerana pihak kami, yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta barisan peguam yang lain memberi hujah yang boleh membawa kepada banyak keraguan dalam kes ini.
"Ia tidak diterima, namun demikian rayuan ke Mahkamah Rayuan akan dilakukan secepat mungkin dan saya berharap akan didengari dengan segera.
"Ini kerana saya ingin teruskan usaha untuk membersihkan nama saya dan saya akan teruskan perjuangan ini," ujarnya pada sidang media selepas perbicaraan berakhir pada lewat petang Selasa di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
LAPOR LANGSUNG: Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta
BACA: Kes SRC: Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta
Najib turut menjelaskan, ketika akhir perbicaraan beliau dibenarkan oleh Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk memberikan sepatah dua kata.
Antara inti pati yang disuarakan Najib adalah pencapaian beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini dan sekali lagi mengulangi sumpah laknat (sebanyak dua kali) sebagai pengakuan tegas yang beliau tidak mengetahui, tidak meminta atau ditawarkan wang berjumlah RM42 juta ke dalam akaunnya.
BACA: 'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak tahu wang RM42 juta itu' - Sumpah laknat Najib
Beliau pada masa berkata, pihaknya sentiasa positif dan percaya dirinya tidak bersalah.
"Kami sentiasa positif dan percaya kami tidak bersalah. Kami mempunyai hujah yang kuat tetapi apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah untuk meyakinkan hakim di Mahkamah Rayuan.
"Pasukan kami yang diketuai oleh Shafee akan berikan yang terbaik untuk mendapatkan keputusan yang benar buat kami," jelasnya.
BACA: Kes SRC: 99.9 peratus wang diguna untuk kebajikan, bukan dibelanja Najib - Shafee
Terdahulu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International.
Bagi tiga kesalahan pecah amanah dan tiga lagi kesalahan pengubahan wang haram, setiap pertuduhan membawa hukuman penjara 10 tahun.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak, namun tiada denda dikenakan untuk pertuduhan pengubahan wang haram.
Pertuduhan salah guna kuasa adalah di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala pertuduhan pengubahan wang haram adalah di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.
Ia selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Najib didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan mendapatkan suapan RM42 juta apabila terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan dalam memberikan jaminan kerajaan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Jul 28 2020

Menurut Najib, pihaknya sentiasa positif dan percaya dirinya tidak bersalah. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Bicara kes Muhyiddin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
Ia berkaitan tuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Ogos lepas.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Sebutan kes ahli keluarga penyerang 12 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapkan 12 Disember depan untuk pengurusan kes tiga ahli keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram.

Seleweng RM2.3b dana 1MDB: Tuduhan terhadap Najib sah, tidak cacat - Hakim
Mahkamah juga mendapati saksi pendakwaan mempunyai kredibiliti dan tiada siasatan yang berat sebelah.

Pengarah SRC bebas letak jawatan jika tidak setuju dengan keputusan syarikat - Najib
Najib memberi contoh bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang mengambil keputusan berundur pada Okt 2009 atas alasan itu.

Kes lima sekeluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram dipindah ke Mahkamah Tinggi KL
Mahkamah Sesyen Johor Bahru memindahkan kes lima anggota keluarga penyerang Balai Polis Ulu Tiram 17 Mei lepas ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kes 1MDB: Najib sakit lutut, berkerusi roda dan bertongkat ke mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding hujahan akhir kes penyelewengan dana milik 1MDB dengan berkerusi roda.

Representasi ketiga status Rosmah mohon gugur kes AMLA, LHDN belum diketahui
Memandangkan kes ini melibatkan isu semakan dengan pihak LHDN, maka prosedur terbabit memerlukan masa untuk disediakan.

Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.