Insiden tebusan kanak-kanak dua tahun di Tuaran pada Ahad nyata mengejutkan kejiranan di situ yang tidak pernah menyangka insiden seperti itu akan berlaku di tempat mereka.
Beberapa saksi yang ditemui masih terkejut dengan tindakan seorang lelaki yang disyaki kurang siuman merangkul kanak-kanak berkenaan sebelum menjadikannya tebusan.
Menurut seorang saksi Arwan Hatta, 41 tahun, masih terbayang di ingatannya melihat bagaimana lelaki terbabit tiba-tiba mengeluarkan pisau lalu merangkul kanak-kanak malang itu yang sedang bermain sebelum menceroboh rumah berkenaan.
Katanya dia hanya mampu melihat kejadian tersebut sebelum menjerit meminta tolong jiran-jiran di kawasan tersebut.
BACA: Polis gagalkan insiden kanak-kanak dijadikan tebusan di Tuaran
BACA: Kanak-kanak dijadikan tebusan di Tuaran dalam keadaan stabil
“Dia (suspek) nampak budak itu main kereta (mainan), dia pun angkatlah. Lalu ambil pisau diacukan di leher dan masuk ke rumah sana. Saya teriak 'pencuri-pencuri budak', barulah jiran-jiran datang dan kami tendang pintu sampai pecah," katanya yang ditemui oleh wakil Astro AWANI selepas kejadian tersebut.
Walau bagaimanapun semua jiran tidak mampu berbuat apa-apa kerana suspek kelihatan sangat agresif dan pisau itu benar-benar berada di leher kanak-kanak berkenaan.
Namun beliau juga amat terkejut kerana kanak-kanak kecil itu tidak langsung menangis sekali pun pisau sedang berada di lehernya dan situasi tersebut sangat genting.
“Malah, budak itu tidak langsung menangis walaupun selepas diselamatkan dan dia kelihatan cedera. Daripada awal sampailah akhir dia tidak menangis pun," katanya.
Terdahulu, seorang lelaki ditembak mati selepas mengurung dan mencederakan seorang kanak-kanak berusia dua tahun dalam kejadian di tingkat empat sebuah pangsapuri di Telipok Ria dekat sini petang ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari dan berakhir jam 5.32 petang itu, suspek lelaki berusia 30-an itu meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada anggota badan selepas terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak polis.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata siasatan awal mendapati suspek yang bersenjatakan pisau itu dikatakan melarikan mangsa lalu mengurungnya di sebuah rumah sebelum disedari penduduk lain.
Kanak-kanak tersebut, bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ruzaini Zulkepli
Sun Jan 13 2019
Walaupun pisau di lehernya dan dia cedera,tetapi dia tidak menangispun
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Astro, Premier League perangi cetak rompak dengan kempen 'Boot Out Piracy'
Astro dan Premier League mengambil peluang untuk sekitar menekankan isu kritikal perihal cetak rompak digital melalui kempen 'Boot Out Piracy'.
The Knights Award: Astro terus cemerlang, rangkul anugerah Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa
Astro Malaysia Holdings Bhd terus mengorak kejayaan sebagai syarikat penyedia kandungan dan hiburan terkemuka negara, apabila dinobatkan sebagai Rangkaian Media Terbaik Sepanjang Masa.
Telekinesis: Eksperimentasi berani Syafiq Yusof dalam genre sains fiksyen
Syafiq menyatakan bahawa filem ini adalah eksperimen dalam genre sains fiksyen, yang jarang diterokai di Malaysia.
Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.
Akibat penyiaran haram, syarikat rangkaian restoran nasi kandar bayar pampasan RM221,000 kepada Astro
Thaqwa telah menyiarkan siaran Astro di lapan lagi restoran miliknya tanpa kebenaran dengan menggunakan peranti-peranti seperti kad pintar dan dekoder Astro bagi tujuan tersebut.
EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25
Rasai keterujaan setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, bersama juara tiga kali EPL, Lee Sharpe, sebagai pakar pengulas di Astro.
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.