Satu kenyataan bersama akan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara berhubung laporan analisa video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam masa terdekat.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dalam sidang media di ibu negara pada Isnin.
Ujarnya, laporan analisis dari pakar penganalisis video luar negara itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara akhir tahun lalu.
“Ada media mengatakan kita akan buat pengumuman. Tidak begitu. Apa saya kata dulu (adalah) kita akan dapat analisis pakar luar negara sebelum akhir tahun lalu.
“Memang betul bukan semestinya saya buat pengumuman tentang laporan tersebut. Untuk makluman akhir tahun lalu, kita dah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara dan PDRM akan buat kenyataan media dalam masa terdekat," katanya.
Dalam perkembangan sama, Huzir turut menjelaskan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman akan mengadakan perjumpaan bersama Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pada petang Isnin untuk membincangkan tiga kes berprofil tinggi.
Kes tersebut adalah berkaitan video intim lelaki yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu, laporan analisis poligraf Yusoff Rawther dan akuan bersumpah (SD) bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
“Kes tersebut (Yusoff Rawther) dan bagi kes SD Azilah, pegawai daripada Unit Bahagian Siasatan Terkelas petang ini berjumpa dengan Peguam Negara membincangkan ketiga-tiga kes berkenaan.
“Kita bincang pada petang ini, kita tengok apa arahan selanjutnya daripada pihak Peguam Negara,” kata Huzir.
Fareez Azman
Mon Jan 06 2020

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menjelaskan laporan analisa video intim itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara hujung tahun lalu. Gambar: Astro AWANI
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.
![[ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur [ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646925295_LBPRNJOHOR.jpg)
[ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur
Isu dan permasalahan di Johor ini sedikit kompleks, jika ada keinginan politik, ia pasti boleh diselesaikan dengan baik.

Ini rangkuman kes video intim yang dikaitkan dengan seorang Menteri Kabinet
Keputusan Pejabat Peguam Negara pada Khamis, menjawab kepada persoalan dalam kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia.

Kes video intim dikaitkan menteri akan diumum dalam masa terdekat - Polis
Laporan analisis dari pakar penganalisis video luar negara itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara akhir tahun lalu.