Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan penemuan mayat wanita yang ditemui dengan leher terjerut di sebuah ladang kelapa sawit di Mambang di Awan petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superitendan Ng Kong Soon berkata hasil bedah siasat oleh forensik ke atas mangsa, S. Letchumi, 28, maut setelah dipukul bertubi-tubi dengan objek tumpul di bahagian kepala.
Kong Soon berkata pasangan suami isteri berusia 46 tahun itu dikatakan mengenali mangsa.
BACA: Wanita maut dijerut ditemui
Katanya, siasatan lanjut juga mendapati terdapat pelbagai hasil dapatan lain ke atas mayat wanita yang ditemui bersama kecederaan di leher dan kepala serta kesan jerutan di leher.
"Siasatan forensik mendapati berlaku pergelutan di antara suspek dan mangsa sebelum kejadian berlaku.
"Pihak perubatan forensik juga mendapati tiada koyakan pada alat sulit wanita berkenaan,"ujarnya.
Menurut beliau, pihaknya juga telah menahan pasangan suami isteri masing-masing berusia 46 tahun pada 12 tengah malam Rabu untuk membantu siasatan.
"Hasil siasatan awal polis, lelaki berkenaan adalah teman lelaki kepada mangsa yang ditemui maut, manakala wanita berkenaan adalah isteri kepada lelaki tersebut.
"Isteri teman lelaki itu datang ke IPD Kampar manakala lelaki berkenaan ditahan di rumahnya, dan kita masih dalam proses melaksanakan siasatan ke atas kes ini," katanya.
Kong Soon berkata sampel darah mangsa akan dihantar untuk tujuan analisis DNA atau toksikologi ke Jabatan Kimia Malaysia.
Ssemalam Astro AWANI melaporkan mengenai penemuan mayat wanita di Mambang Di Awan,dekat sini yang ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya pada polis.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Dec 02 2017

Seorang wanita tempatan ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kesan jerutan di leher di sebuah ladang kelapa sawit di Taman Permai, Mambang Di Awan, Kampar pada Jumaat. -- fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Mercedes perkenal kereta futuristik diperbuat daripada bahan kitar semula
Kereta mewah futuristik itu juga dibuat dengan pelbagai bahan kitar semula dan mampan yang inovatif termasuk gentian cendawan.

Hasilkan dadah daripada cendawan pada najis lembu
Polis mengesan kegiatan menghasilkan dadah dengan cara kotor dan jijik seperti daripada cendawan yang tumbuh pada najis lembu.

Kes wanita maut dijerut, suami isteri ditahan
Suspek lelaki tersebut ditahan di rumahnya manakala isterinya ditahan ketika dipanggil ke balai polis dan kedua-duanya kini ditahan reman sehingga 7 Disember bermula hari ini.