Mereka yang menonton pornografi akan mengalami kesan ketagihan yang sama kepada otak seperti mengambil dadah jenis kokain.
Jelas Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Profesor Madya Dr Nur Izura Udzir, mereka yang melihat pornografi adalah untuk mendapatkan keseronokan, berbanding ketagihan dadah membawa kepada masalah kemurungan dan kes-kes bunuh diri.
Tambahnya, ketagihan pornografi mengheret pelakunya kepada kejadian rogol selain mencabul maruah wanita.
“Ia memang membawa kepada masalah kemurungan (dan) memberi tekanan. Sebagai contoh bila seseorang ketagih, dia tidak puas dia hendak tengok lagi, dia hendak tengok yang lebih hebat lagi dan bila dia tengok yang lebih hebat pun dia tidak akan puas sampai ada yang cari seks dengan binatang pulak,” katanya.
Penggunaan kemudahan telefon pintar dalam kalangan anak kecil oleh ibu bapa juga harus dipertimbangkan semula.
Katanya, tidak perlu anak-anak kecil dibekalkan dengan telefon pintar, cukup sekadar telefon biasa yang tidak mendedahkan mereka kepada perlakuan gejala sosial dan pengaruh pornografi.
“Sejak seusia umur dua atau tiga tahun sudah ada (telefon pintar).
“Ada yang menonton pornografi ini tidak semestinya secara sengaja. Ada yang secara tidak sengaja apabila ‘pop up’ keluar secara tiba-tiba.
“Budak budak pun akan rasa dia mahu tengok lagi. Kita sendiri pun macam itu. Kita akan rasa nak tengok lagi sebab dia memang akan mencetuskan hormon dalam otak yang menimbulkan keseronokan," katanya.
Sementara itu, Nur Izura berkata, golongan wanita lebih ramai menonton pornografi di telefon pintar.
Lelaki (yang ketagihan pornografi) pula lebih menyumbang kepada jenayah seksual sama ada kepada kanak-kanak mahupun orang lain.
Beliau berkata demikian semasa Forum Sekeluarga Tolak Pornografi (STOP) anjuran WADAH dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Kompleks Pendidikan Al-Hikmah, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar.
Sementara itu, satu kajian yang dilakukan oleh Utusan Malaysia mendapati 75 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 17 tahun pernah melihat kandungan yang tidak sesuai yang kebanyakannya berunsur lucah.
Daripada jumlah itu, 94.2 peratus kanak-kanak yang terdedah dengan kandungan tersebut segera meninggalkan laman web berkenaan manakala 6.4 peratus memaklumkannya kepada keluarga atau guru.
Astro Awani
Wed Aug 09 2017

Ada yang menonton pornografi ini tidak semestinya secara sengaja. Ada yang secara tidak sengaja apabila pop up keluar secara tiba-tiba. - Gambar hiasan
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Gagal hadir prosiding, 'Hot Daddy' dan dua wanita dikenakan waran tangkap
Hakim menbgeluarkan waran tangkap itu selepas ketiga-tiga tertuduh tidak hadir pada sebutan kes itu hari ini, yang bermula pada 9 pagi tadi.

Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.

Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi
Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu mahkamah dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.

Ebit Lew kerap hubungi, hantar gambar, tunjuk kemaluan - Pengadu
Pengadu kes Ebit Lew memberitahu mahkamah dia kerap menghubunginya melalui panggilan telefon dan video selain menghantar gambar serta menunjukkan kemaluan.

Lelaki didenda RM7,000, buat hantaran berbaur lucah terhadap pegawai polis wanita
Pertuduhan terhadap Mohamad Fatariza adalah menurut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kes Ebit Lew: Saksi kelapan diminta keluarkan data 'pendrive' berunsur lucah
Saksi pendakwaan kes pendakwah Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa dia diminta oleh pegawai penyiasat untuk mengeluarkan data berunsur lucah daripada pemacu pena yang diterimanya.

Perbicaraan kes Ebit Lew disambung September depan
Perbicaraan kes pendakwah terkenal, Ebit Lew ditangguhkan pada Jumaat dan akan disambung semula pada September depan.

Bincang topik berbaur lucah di Telegram: Jakim kemuka aduan rasmi kepada MCMC
JAKIM mengemukakan aduan rasmi kepada MCMC berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah kendalian seorang wanita.

Lelaki halang kereta wanita, cakap lucah ditahan
Mangsa dan empat anak terpaksa menunggu sehingga setengah jam sebelum keretanya dapat dikeluarkan dari petak parkir.

Lelaki lakukan aksi lucah ketika tunggang motosikal direman
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Yan, Anis Suraya Ahmad bermula hari ini sehingga 9 Febuari.