Kesemua 48 rakyat Malaysia di Sudan dilaporkan selamat susulan perkembangan politik dan keselamatan terkini di negara itu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Kedutaan Malaysia di Khartoum telah berhubung rapat dengan semua warga Malaysia yang berdaftar termasuk 26 pelajar di Sudan dan memantau dengan teliti situasi.
"Semua rakyat Malaysia yang masih berada di Sudan, terutama yang berada di negara itu bagi urusan tidak perlu digalakkan untuk mempertimbangkan bagi meninggalkan negara tersebut secara komersial secepat yang mungkin.
"Rakyat Malaysia yang merancang untuk melawat Sudan dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan mereka sehingga keadaan lebih stabil," kata Wisma Putra.
Pihak Kedutaan di Sudan juga mengalu-alukan persetujuan yang dicapai baru-baru ini antara Majlis Tentera Peralihan (TMC) dan Alliance of Freedom and Changes Forces (AFCF) untuk menyambung semula rundingan mengenai pembentukan majlis kedaulatan bersama yang akan menerajui peralihan politik di negara itu.
"Malaysia menggesa semua pihak di Sudan supaya bertenang sepenuhnya, mengelak daripada keganasan berterusan terhadap orang awam dan menghormati hak asasi manusia.
"Kami mengecam keras keganasan dan serangan terhadap penunjuk perasaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan kami bersama-sama pihak lain menggesa supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden itu sementara pelakunya harus bertanggungjawab," kata Wisma Putra.
Media melaporkan bahawa kerajaan Sudan hari ini mengaku ia telah memberi arahan bagi menumpaskan penunjuk perasaan dari pihak pembangkang yang menyebabkan puluhan orang terbunuh dan cedera.
Pada awal Jun, pasukan keselamatan secara keras telah menyuraikan protes di luar bangunan Kementerian Pertahanan. TMC sebelum ini menafikan bahawa ia mempunyai peranan dalam operasi itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2019

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang merancang untuk melawat Sudan supaya menangguhkan perjalanan sehingga keadaan lebih stabil. - Gambar fail

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Nagarajan stabil, dirawat di hospital
Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu disambut pasukan perubatan HCTM.

Kesemua 48 rakyat Malaysia di Sudan selamat - Wisma Putra
Kedutaan Malaysia di Khartoum telah berhubung rapat dengan semua warga Malaysia yang berdaftar termasuk 26 pelajar di Sudan dan memantau dengan teliti situasi.

Ustaz Kazim stabil selepas jalani rawatan angiogram kedua di KPJ Ipoh
Pendakwah Datuk Mohd Kazim Elias kini berada dalam keadaan stabil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ Ipoh selepas menjalani rawatan angiogram kedua pada Rabu.