Jenazah empat sekeluarga yang ditemui rentung dalam sebuah kereta di Kilometer 265.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora, Perak semalam, selamat dikebumikan pagi ini.
Jenazah kesemua mereka disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Hajar Kampung Gong Awang Lib, Batu Rakit kira-kira pukul 8.20 pagi.
Sebelum itu, kesemua jenazah selamat tiba di Kampung Wakaf Tengah kira-kira pukul 5.30 pagi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak sebelum disembahyangkan di Masjid Pantai Mengabang Telipot.
BACA: Empat rentung: Mangsa kemalangan treler di lebuhraya PLUS keluarga Ketua Polis Pahang
FOTO: Nahas dengan treler, 4 sekeluarga rentung
Lebih 200 orang termasuk Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman, pegawai kanan Polis Kontinjen Terengganu, anggota keluarga dan rakan taulan turut menziarahi anggota keluarga Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani itu.
Awal pagi semalam, anggota keluarga berkenaan rentung dalam kemalangan itu ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagi mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seorang daripada mangsa, Muhammad Aizat Mohd. Azhar, 18, di Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi.
Mangsa lain adalah kakak Sharifuddin, Rosmani, 65, anak lelaki Rosmani yang juga bapa kepada Muhammad Aizat, Mohd. Azhar Abdul Rahim, 43, serta seorang lagi anak Mohd. Azhar, Muhammad Daniel, 13.
Keempat-empatnya ditemui kira-kira pukul 11 pagi semalam di bawah sebuah lori yang terbabas dan terbakar ketika operasi mengalihkan lori yang terlibat kemalangan pada pukul 1 pagi.
Sementara itu, suami Rosmani, Abdul Rahim Talib reda dengan kehilangan tragis empat anggota keluarga sekaligus.
Jelasnya penantian dan kegusaran mereka sejak lebih sehari menanti khabar berita anak dan isterinya akhirnya terjawab dengan penemuan kesemua mereka.
"Puas kami hubungi tapi gagal sehingga anak saya yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Memerintah Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Bentong, Pahang membawa 12 anggota tentera mencari mereka di sekitar lebuh raya hingga ke Taiping," katanya.
Bernama
Sat Mar 05 2016
KKeempat-empat mayat mangsa nahas ditemui kira-kira pukul 11 pagi semalam. - Foto Bernama
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
Tidak sempat lari, lelaki maut dihempap kayu balak
Mangsa Musa Baco Tang, 46, dihempap kayu balak ketika cuba membuka ikatan pada lori yang membawa muatan kayu dalam kejadian di Kampung Kalabakan
Penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang
Seorang penunggang motosikal maut dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Taman Templer pada Rabu.
Pekerja kilang warga Myanmar maut dihempap kren
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Syamzul Razman Abd Halim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.23 malam.
Gempa di Turki, Greece ragut 26 nyawa setakat ini
Gempa yang melanda pada Jumaat petang menyebabkan bangunan di Izmir, kota ketiga terbesar di Turki runtuh malah turut mencetuskan tsunami kecil di daerah Seferihisar dan Samos di Greece.
Kereta dihempap pokok ru, suami isteri selamat
Sepasang suami isteri terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok ru.
Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren
Mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Lelaki maut dihempap traktor di Beaufort
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Abdul Hamid Rajja, 69 tahun, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta leher.
Lelaki maut dihempap pokok sewaktu hujan lebat dan angin kencang
Seorang penunggang motosikal maut dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang melanda negeri Kedah pagi ini.
Tiga maut direnjat elektrik, cuba bantu wanita hamil dihempap tangga runtuh
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Selangor kejadian pada tengah hari Ahad itu turut melibatkan seorang lelaki warga Indonesia.
Dua maut, tiga cedera dihempap tiang dan kerangka bumbung bangunan
Dua pekerja binaan maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kejadian runtuhan tiang dan kerangka bumbung bangunan yang masih dalam pembinaan di kawasan perindustrian Perai, Perai pada Jumaat.