Keriangan 11 pelajar yang sedang berkelah di Air Terjun Jeram Penitih, Seri Bandi di sini berakhir tragedi semalam apabila salah seorang daripada mereka mati lemas.
Dalam kejadian jam 3.30 petang Sabtu, Ahmad Amirul Ahmad Rahimi, 17, pelajar Sekolah Menengah Seri Bandi, hilang selepas membuat terjunan dari tebing batu.
Rakan mangsa, Mohammad Khairulnizam Hirdayanto, 17, berkata mereka pergi ke kawasan air terjun itu untuk meraikan tamat peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa hari lalu.
Menurutnya, mereka bermandi-manda selepas selesai melakukan persiapan untuk memanggang ayam.
Mangsa melakukan terjunan pertama dari tebing dan mengulanginya di kawasan lebih tinggi, bagaimanapun, katanya, rakannya itu tidak timbul selepas beberapa minit.
Pada mulanya, rakan lain menyangka mangsa masih menyelam dan hanya bergurau.
Bagaimanapun, selepas gagal mengesan Ahmad Amirul, seorang daripada mereka melaungkan azan.
“Semasa ditemui, dia memang dah tak sedarkan diri, muka pun pucat. Kami cuba juga buat CPR, tetapi tak berjaya,” kata Mohammad Khairulnizam.
Mereka kemudiannya meminta bantuan penduduk kampung dan menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Seri Bandi.
Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di klinik berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Supritenden Baharudin Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian itu.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
Astro Awani
Sun Jul 16 2017

Mangsa yang melakukan terjunan dari tebing tidak timbul selepas beberapa minit.
Rundingan di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA), memetik saluran televisyen berita satelit Al Mayadeen.
Penduduk Seoul berhimpun menjelang keputusan pemecatan Suk Yeol
Ribuan penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan pentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol mengadakan perhimpunan di seluruh Seoul pada Sabtu.
Turkiye ulang komitmen jadi tuan rumah rundingan damai
Menteri Luar Turkiye akan mengulangi tawaran menjadi tuan rumah rundingan damai antara Ukraine dan Rusia pada mesyuarat pemimpin Eropah di London pada Ahad.

Banjir di daerah Paitan, Sabah makin pulih
Situasi banjir di daerah Paitan semakin pulih, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
Dua pelajar cedera ditembak di Texas
Menurut Pihak Polis Pasadena, seorang daripada mereka ditembak di bahagian dada dan berada dalam keadaan stabil..manakala seorang lagi ditembak di bahagian lengan.
Sekurang-kurangnya empat maut
Sekurang-kurangnya empat pekerja maut selepas satu runtuhan salji menghempap pekerja pembinaan di lebuh raya berhampiran sempadan pergunungan India dengan Tibet.

MIFF pacu pertumbuhan industri perabot Malaysia - Johari
Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Tumpuan Ahad – 2 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
11 termasuk pempengaruh TikTok ditahan terlibat rusuhan
Polis menahan 11 individu termasuk seorang pempengaruh media sosial kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Dua lelaki lecur 75 peratus, 3 kenderaan musnah
Dua lelaki melecur hampir 75 peratus dan tiga buah kenderaan musnah selepas sebuah rumah kedai yang menempatkan bengkel di Jalan Sungai Puloh 5, Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, di sini terbakar pada Sabtu.

Keseronokan bertukar tragedi, calon SPM lemas semasa berkelah
Mangsa yang melakukan terjunan dari tebing tidak timbul selepas beberapa minit.