Ketika viral cerita Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dikasari penyokong Barisan Nasional (BN), pemimpin-pemimpin yang lebih berusia dari Pakatan Harapan dan BN menunjukkan kematangan politik.
Video berdurasi 1 minit 58 saat itu menunjukkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin PH yang lain berjalan ke khemah BN di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N24 Semenyih.
Muhyiddin kemudiaannya disambut pemimpin BN seperti Datuk Seri Nazri Aziz dan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dan beberapa pemimpin lain.
Kedatangan Muhyiddin dan Guan Eng disambut mesra oleh Nazri dan Takiyuddin dan Nazri juga sempat memeluk Muhyiddin serta bertanya khabar.
"Brother how are you?" tegur Muhyiddin sebaik melihat Nazri.
"How are you, Tan Sri?" tanya Nazri sambil memeluk Muhyiddin.
Sejurus kemudian, dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid muncul dan bersalam dengan Muhyiddin dan Guan Eng.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hassan muncul sejurus kemudian dan berbual dengan Muhyiddin serta yang lain-lain.
"Tahniah menang," kata Muhyiddin kepada Mohamad dipercayai merujuk kemenangan BN di Cameron Highlands.
"Biasa lah adat kita main catur, kita makan orang, orang makan kita, kalau haji makan lima, catur dia bagi kita lepas tu dia makan kita empat," gurau Mohamad merujuk kemenangan yang telah dicapai PH dalam PRK sebelum ini.
Mohamad kemudiannya bertanya khabar Muhyiddin dan dilihat berbual-bual dengan Guan Eng serta beberapa pemimpin lain.
BACA: Syed Saddiq buat laporan polis, dakwa 'dicekik' Papagomo
BACA: 'Kalau saya tahu jadi macam ni saya cium dia tadi' - Papagomo
Astro Awani
Sat Feb 16 2019

Isu berkaitan provokasi di luar kawasan penamaan calon mewarnai perjalanan menjelang PRK Semenyih. Berbeza dengan situasi pertemuan tokoh politik yang lebih berusia ini.

Dua lapisan kawalan elak BPT bersubsidi 'ghaib' di pasaran
Kerajaan memberi jaminan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi yang mula dijual 1 Mac ini, tidak akan 'ghaib' di pasaran.

Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
Misi pencarian baharu pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang 11 tahun lalu telah dimulakan di Lautan Hindi.
PM jamin percepat PLSB Sungai Golok, jimat kos RM1.7 bilion
Kerajaan memberi jaminan proses pengambilan tanah bagi pembangunan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kelantan akan diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan - Fahmi
Dari tahun 2022 sehingga 15 Februari 2025, sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurut Akta 588.
KPDN, JAKIM pertimbang keperluan naikkan hukuman
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sedang berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melihat keperluan untuk meningkatkan hukuman kesalahan berkaitan penyalahgunaan logo halal.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.
Kepincangan, penyakit sosial berlaku kerana manusia sudah hilang adab
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pelbagai kepincangan masyarakat dan penyakit sosial yang sedang melanda dunia hari ini adalah bukti bahawa sekadar memiliki sistem perundangan tidak membawa sebarang makna.
Sultan Nazrin tegur pihak salah guna masjid, surau sebar fitnah, dakyah politik
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan teguran terhadap pihak yang menyalahgunakan masjid dan surau bagi menyebarkan dakyah berbaur fitnah serta kepentingan politik kepartian.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

5,091 kes penipuan dalam talian direkod di Selangor tahun lepas - MB
Sebanyak 5,091 kes penipuan dalam talian dengan kerugian RM386.4 juta direkodkan di Selangor pada 2024.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.

Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.

Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.

Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.

Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.

Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.