Jabatan Audit Negara akan memberi taklimat kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu utama yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan (LKAN PKKP) di Parlimen, esok (Isnin, 14 Oktober).
Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, dalam kenyataan pada Ahad, berkata taklimat tersebut adalah susulan pembentangan laporan itu di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.
"LKAN PKKP kali ini antara lain mengandungi perkara penting iaitu Pengesahan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Bagi Tahun Berakhir 31 Dis 2018, Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan dan Analisis Kewangan Kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata laporan itu juga akan dimuat naik dalam Portal Jabatan Audit Negara pada jam 10.15 pagi esok (Isnin) sempena taklimat Ketua Audit Negara kepada PAC di Parlimen.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 13 2019

Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, dalam kenyataan pada Ahad, berkata taklimat tersebut adalah susulan pembentangan laporan itu di Dewan Rakyat, Jumaat lalu. - Bernama

KPKM import lebih 600,000 biji kelapa, stabilkan bekalan domestik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengimport dan mengedarkan 661,761 biji kelapa yang bersamaan 661 tan metrik dengan nilai keseluruhan RM1.45 juta.
Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang peniaga wanita, Norshamira Zainal di kawasan jeti Sungai Kuantan, pada awal Februari lalu.
[TERKINI] Polis siasat ibu bapa Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di Tanah Merah pada Rabu.

Caj kesesakan dijangka kurangkan 20 peratus kesesakan di Kuala Lumpur - Dr Zaliha
Pelaksanaan Caj Kesesakan dijangka dapat mengurangkan sekitar 20 peratus kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Malaysia zon endemik denggi: Pengesanan awal penting cegah komplikasi teruk kanak-kanak
Denggi masih menjadi isu kesihatan awam yang penting di Malaysia, dengan negara ini diklasifikasikan sebagai zon endemik berikutan virus berkenaan telah tersebar meluas di semua kawasan.

Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
AWANI Ringkas: Penganggur didakwa bunuh peniaga wanita
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Ketua Audit Negara beri taklimat kepada PAC esok
Laporan itu juga akan dimuat naik dalam Portal Jabatan Audit Negara pada jam 10.15 pagi Isnin, 14 Oktober 2019.