Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Datuk Mahammad Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang mendakwa keterlibatan hakim syariah dalam gejala rasuah.
Beliau membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini. Turut membuat laporan yang sama adalah Presiden Persatuan Pegawai Syariah Malaysia, Ibrahim Ideris.
Mahammad, yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis itu, berkata Rafizi pada prgram Parlimen ''olok-olok" pada 10 Aprillepas telah mengeluarkan kenyataan mendakwa rasuah dalam kalangan hakim mahkamah syariah lebih tinggi berbanding mahkamah sivil.
Menurutnya, Rafizi telah mengeluarkan kenyataan bahawa pindaan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang tidak menaikkan gaji hakim mahkamah syariah akan meningkatkan risiko pengambilan rasuah dan salahguna kuasa dalam kalangan hakim mahkamah syariah.
Beliau berkata kenyataan itu berunsur fitnah dan mampu mencemar dan mengikis kepercayaan terhadap institusi kehakiman syariah di negara ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2017
Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Datuk Mahammad Ibrahim (tiga, kiri) bersama Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Muhammad Abdul Karim Wahab (tiga, kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat hari ini. - Foto Bernama
Orang Asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas
Mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.
Lapan mahasiswa Malaysia Universiti Al-Azhar terlibat nahas jalan raya
Tiga mahasiswa, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri, dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi, ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut.
Pemandu parah, enam pelancong China cedera bas terbabas
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 17 pelancong termasuk empat kanak-kanak dari China yang telah terbabas sendiri.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
Hakim Syarie ditahan SPRM terima suapan RM4,000
Suspek dipercayai mendapat wang suapan itu untuk melepaskan kes khalwat membabitkan seorang anggota polis yang dalam perbicaraan mahkamah.
Isteri Awie pohon ketepikan perintah hak jagaan anak sementara
Isteri penyanyi dan pelakon Awie telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak jagaan sementara ke atas tiga anak mereka.