Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengganti Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang meletak jawatannya secara rasmi siang tadi, mungkin diumumkan esok (Selasa).
Dr Mahathir juga berkata beliau sudah mengadakan perjumpaan dengan beberapa individu termasuk dengan bekas pegawai kanan SPRM di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.
Dzulkifli, 52 tahun, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dalam satu kenyataan, Dzulkifli berkata beliau akan kembali melaporkan diri di Pejabat Peguam Negara esok.