Peningkatan kes tembak di Malaysia sejak kebelakangan ini didapati berpunca daripada wujudnya kumpulan pembunuh upahan, kata penganalisis kriminologi Datuk Akhbar Satar.
Katanya, pembunuh upahan terbahagi kepada tiga kelas; iaitu amatur yang banyak melibatkan kes peribadi; separa-profesional yang menjalankan pembunuhan bermotif dendam, dengki atau ekonomi dan profesional melibatkan jenayah terancang seperti kongsi gelap.
"Di Malaysia ini saya dapati kebanyakan pembunuh upahan adalah dari kelas separa-profesional.
"Mereka selalu melakukan pembunuhan di tepi jalan, kawasan lampu isyarat, di dalam kedai yang selalunya mereka ini dapat dijejaki dan ditangkap dengan mudah oleh pihak polis," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
- CCTV berdefinisi tinggi -
Dalam pada itu, Datuk Akhbar mencadangkan supaya kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi perlu digunakan bagi memudahkan polis serta pihak berkuasa lain sekiranya berlaku sebarang insiden.
Ini kerana kebanyakan kamera CCTV yang digunapakai ketika ini berdefinisi rendah dan sukar untuk mengecam wajah atau nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan penjenayah dengan lebih jelas.
BACA: Kronologi kes tembak di Malaysia sepanjang 2016
BACA: Kes tembak di Setapak, mangsa tukar kereta elak diekori
- Akses senjata api yang mudah -
Sementara itu, Ketua Penyelidik Kumpulan Jenayah & Kepolisan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. P. Sundramoorthy berkata, penjenayah ketika ini semakin berani untuk bertindak ganas bagi mendapatkan keberkesanan maksimum dalam melaksanakan motif mereka, iaitu membunuh.
Pada masa sama, ia juga didorong akses kepada senjata api yang begitu mudah didapati menerusi sempadan.
Mereka tidak lagi menggunakan cara lama iaitu penggunakan senjata tajam seperti parang, kapak dan sebagainya, sebaliknya beralih kepada senjata yang lebih berkuasa.
"Akses kepada senjata api secara tidak sah dari negara jiran seperti Thailand dan Filipina sudah lama wujud, cuma dirancakkan dengan elemen jenayah masa kini yang sudah tidak lagi teragak-agak untuk menggunakan senjata api.
"Mereka ada akses mudah kepada senjata api memandangkan sempadan yang longgar menyebabkan banyak 'lorong tikus' wujud dan senjata api dibawa melalui cara ini," terangnya.
Mereka berkata demikian susulan kes pembunuhan seorang lelaki berusia 40-an yang ditembak mati dengan 16 das di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Genting Kelang, Setapak pada Rabu.
Ia merupakan kes tembak ke-16 yang dicatatkan setakat ini bagi tahun 2016.
Israr Khalid
Thu Jul 28 2016

Datuk Akhbar mencadangkan supaya kamera litar tertutup (CCTV) berdefinisi tinggi perlu digunakan bagi memudahkan polis serta pihak berkuasa lain sekiranya berlaku sebarang insiden. - Gambar fail

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

JAWI selesai ambil keterangan individu terlibat zikir secara pelik di tanah perkuburan Setapak
Laporan keterangan telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk pandangan dan tindakan susulan, termasuk kemungkinan tindakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Polis sahkan terima laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota
Kes dirujuk ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk siasatan selanjutnya.

Mayat ditemukan dalam lori, polis tahan dua lelaki
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah lori yang diparkir di kawasan tempat letak kereta di Danau Kota, Setapak.

Polis KL lengkapkan kertas siasatan kes penipuan visa haji furada
Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk mendapatkan keputusan tindakan lanjut.

Janin ditemukan dalam tandas di stesen minyak
Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, petang tadi.

Campak cucu dari apartmen: Saksi dengar pertengkaran
Jiran suspek di sebuah pangsapuri di Danau Kota, Wangsa Maju terdengar bunyi bising dan pertengkaran sebelum insiden mencampak seorang kanak-kanak berusia empat tahun berlaku.

Peniaga bazar ramadan Danau Kota perlu mohon lesen dalam talian
Peniaga-peniaga Bazar Ramadan Danau Kota dibenarkan beroperasi tahun ini namun dengan syarat membuat permohonan secara dalam talian tanpa melibatkan pihak ketiga, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk

Bazar Ramadan Danau Kota: DBKL akan ambil tindakan wajar
Beliau berkata, isu itu timbul berikutan wujudnya kekeliruan dalam kalangan peniaga yang beranggapan kawasan itu boleh beroperasi.

Empat motosikal musnah dalam kebakaran
Pasukan dari Balai Bomba Setapak menerima panggilan pada jam 10.07 minit malam dan tiba di lokasi kira kira 10 minit kemudian.

Anak direman bantu siasatan pembunuhan bapa
Ejen insuran berusia 30-an itu ditahan kira-kira 2.30 petang Khamis selepas memberi keterangan berhubung kejadian itu di Balai Polis Seri Petaling.