Peguam Negara mengesahkan dakwaan terhadap Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Mathias Chang bukan di bawah peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Sebaliknya, Tan Sri Mohamad Apandi Ali menjelaskan kedua-duanya didakwa di bawah peruntukan Seksyen 124L Kanun Keseksaan.
"Saya ingin menjelaskan bahawa pendakwaan Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang adalah di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan kerana cubaan sabotaj sistem kewangan negara dan perbankan Malaysia.
"Tindakan ini bagi menjawab persoalan yang dikemukakan menerusi laporan media semalam yang mendakwa kerajaan menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan SOSMA bagi menahan Khairuddin dan Matthias," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Mohamed Apandi turut menjelaskan bahawa SOSMA merupakan satu prosedur undang-undang yang memberi peruntukan istimewa untuk menyiasat dan mendakwa bagi kesalahan yang melibatkan keselamatan negara.
"Definisi 'kesalahan yang melibatkan keselamatan negara' telah menjelaskan bahawa SOSMA tidak terhad kepada keganasan dan pihak pengganas sahaja," katanya.
Tambah Apandi, Seksyen 124L merupakan undang-undang Perkara 6 mengikut Kanun Keseksaan dan merupakan satu daripada tujuh kesalahan yang terkandung dalam Perkara 6 mengikut SOSMA.
"Oleh itu, kesalahan yang melibatkan keselamatan negara turut diaplikasikan kepada undang-undang SOSMA," tambahnya lagi.
Jelas Mohamed Apandi lagi, Seksyen 124L Kanun Keseksaan juga memperuntukkan 'sesiapa yang terlibat untuk melakukan sabotaj atau apa-apa persediaan berkaitan dengannya akan dikenakan hukuman penjara maksimum selama 15 tahun'.
Semalam, Khairuddin dan Mathhias telah didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengikut Seksyen 124L dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana cubaan mensabotaj sistem perbankan dan sistem kewangan negara.
Hilal Azmi
Tue Oct 13 2015
![Khairuddin dan Matthias tidak didakwa di bawah SOSMA - Peguam Negara Khairuddin dan Matthias tidak didakwa di bawah SOSMA - Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444723200_KhairuddinHassan.jpg)
Tan Sri Mohamad Apandi Ali menjelaskan penahanan mereka adalah di bawah peruntukan Seksyen 124L Kanun Keseksaan. - Gambar Fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Himpunan Veteran ATM: Enam individu dirakam keterangan Himpunan Veteran ATM: Enam individu dirakam keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654504576_ReunionVeteran.jpg)
Himpunan Veteran ATM: Enam individu dirakam keterangan
Kesemua mereka telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung perkara berkenaan.
![Peserta protes dihalang masuk Dataran Merdeka sebelum bersurai secara aman - Polis Peserta protes dihalang masuk Dataran Merdeka sebelum bersurai secara aman - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627722698_PROTEST.jpg)
Peserta protes dihalang masuk Dataran Merdeka sebelum bersurai secara aman - Polis
Polis berjaya menghalang kira-kira 400 peserta protes kerajaan gagal yang cuba memasuki kawasan Dataran Merdeka pada Sabtu.
![Video tular dakwa restoran beroperasi lebih masa tidak benar - PDRM Video tular dakwa restoran beroperasi lebih masa tidak benar - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625462867_TBRestoransop.jpg)
Video tular dakwa restoran beroperasi lebih masa tidak benar - PDRM
Video tular mendakwa restoran berkenaan beroperasi lebih masa adalah tidak benar berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan pihak polis.
![LRT bertembung: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi LRT bertembung: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621917846_MohamadZainalAbdul.jpg)
LRT bertembung: Polis minta orang ramai tidak buat spekulasi
ACP Mohamad Zainal minta orang ramai beri ruang kepada pasukan panel penyiasat khas menjalankan siasatan secara menyeluruh.
![Syed Saddiq dipanggil polis berhubung video mengenai kematian tahanan Syed Saddiq dipanggil polis berhubung video mengenai kematian tahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/71582937589_SyedSaddiq.jpg)
Syed Saddiq dipanggil polis berhubung video mengenai kematian tahanan
Ahli Parlimen itu dijangka berada di IPD Dang Wangi bagi memberi keterangan.
![Polis kesan sekumpulan lelaki berkaitan video pukul di kedai vape Chow Kit Polis kesan sekumpulan lelaki berkaitan video pukul di kedai vape Chow Kit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619757435_Videopukul.jpg)
Polis kesan sekumpulan lelaki berkaitan video pukul di kedai vape Chow Kit
Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki berhubung yang tular dalam sebuah video berkenaan kes pukul dua mangsa pada 29 April lalu.
![Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51619628704_KHAIRUDDINABUHASSA.jpg)
Khairuddin tidak sebut nama Najib dalam laporan polis berhubung isu 1MDB - Defendan
Defenden berkata, Khairuddin tidak menyebut nama mana-mana individu termasuk Najib dalam laporan polis yang dibuatnya berhubung isu 1MDB.
![Suspek kes pukul pengawal peribadi kerana berpuasa tidak diberi layanan istimewa Suspek kes pukul pengawal peribadi kerana berpuasa tidak diberi layanan istimewa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618737600_PukulPengawal.jpg)
Suspek kes pukul pengawal peribadi kerana berpuasa tidak diberi layanan istimewa
Tiada layanan istimewa terhadap suspek kes pukul dua pengawal peribadi tegas Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah.
![Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618462984_Pukulpengawal.jpg)
Pukul pengawal peribadi sebab puasa, empat lelaki direman
Tiga daripadanya merupakan pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit manakala seorang lagi bekerja sebagai pengawal peribadi.
![Premis sediakan latihan promosi judi diserbu, lima warga asing ditahan Premis sediakan latihan promosi judi diserbu, lima warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607462982_TBTRAININGCENTERJUD.jpg)
Premis sediakan latihan promosi judi diserbu, lima warga asing ditahan
Empat lelaki warga China dan seorang wanita Vietnam berusia antara 21 hingga 33 tahun ditahan dalam serbuan di premis berkenaan kira-kira pukul 12.01 tengah malam.