Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menepis dakwaan Korea Utara bahawa Malaysia sengaja melengahkan proses penghantaran pulang mayat abang pemimpin negara itu, Kim Jong-Nam.
Sebaliknya, tegas beliau, selagi ujian deoksiribonukleik (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.
Beliau turut menekan bahawa pihak Korea Utara boleh mendapatkan nasihat daripada peguam mereka sekiranya tidak bersetuju dengan tindakan polis.
"Peguam mereka boleh menasihati mereka. Kita mempunyai peraturan di Malaysia... semasa di Malaysia, semua orang perlu mematuhi undang-undang dan peraturan negara ini termasuk Korea Utara," kata kepada Bernama hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol, semalam yang mendakwa Malaysia sengaja menolak permohonan mereka untuk membawa pulang mayat Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.
Kenyataan Kang Chol kepada pihak media itu dibuat di perkarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.45 malam tadi.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata tuntutan terhadap mayat diberi keutamaan kepada waris terdekat bagi memudahkan proses pengecaman.
Bagaimanapun, setakat ini tuntutan hanya diterima daripada pihak kedutaan.
Isnin lepas, Jong-nam, 46, yang membawa dokumen menggunakan nama Kim Chol, berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) menunggu penerbangan ke Macau apabila seorang wanita menyembur sejenis cecair dan menggosok mukanya dengan kain.
Mangsa kemudian ke kaunter perkhidmatan klia2 untuk memohon bantuan perubatan selepas mengadu tidak sihat tetapi dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2017

KHALID: Semasa di Malaysia, semua orang perlu mematuhi undang-undang dan peraturan negara ini termasuk Korea Utara. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

4 penjenayah ditembak mati semalam dipercayai turut terlibat dalam kes di Selangor
Empat penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan sepasukan anggota polis di hadapan ITBM di Kuala Lumpur semalam dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Selangor.

Pembunuhan Jong Nam: Polis sah sampel diambil dari kondominium Verve Suites
Tindakan mengambil sampel tersebut daripada kondominium The Verve Suite pada Khamis merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Khalid tepis dakwaan lambat proses penyerahan mayat Jong-Nam
Selagi ujian deoksiribonukleik (DNA) daripada waris tidak diperolehi bagi melengkapkan siasatan, pihak Korea Utara harus mengikuti peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara ini.

Keluarga 'Kim' diberi keutamaan tuntut mayat Kim Jong-nam - Ketua Polis Selangor
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi keutaman kepada keluarga 'Kim' untuk menuntut mayat Kim Jong-nam di Institut Perubatan Forensik Negara Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Kes bunuh Kim Jong-nam: Kawalan pintu keluar masuk negara diperketat
Kawalan keselamatan pintu keluar-masuk di seluruh negara kini diperketat susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada Isnin lepas.

Polis sedang kesan dua wanita dipercayai terlibat pembunuhan Kim Jong Nam
Polis sedang mengesan dua wanita dipercayai terlibat dengan pembunuhan Kim Jong Nam iaitu abang tiri kepada presiden Korea Utara, Kim Jong Un.

Henti sebar nombor pendaftaran kereta terlibat kes belasah di Ampang
Polis menasihatkan orang ramai agar berhenti menyebarkan nombor plat kenderaan Mercedes Benz yang terbabit dalam kes seorang pemandu lori dibelasah sekumpulan individu.

Polis ingatkan parti menang tidak buat perarakan
Tindakan sedemikian dikhuatiri mencetuskan perkara yang tidak diingini selain menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong parti kalah.

Serangan di Jakarta: Polis Selangor tingkatkan kawalan
Polis Selangor meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai berikutan insiden pengeboman di Jakarta pada Khamis.

Polis perlu sentiasa jaga imej elak tanggapan buruk masyarakat
Pegawai dan anggota polis perlu sentiasa menjaga kelakuan serta imej pasukan bagi mengelakkan tanggapan buruk di kalangan masyarakat.