Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dikejarkan ke Hospital Selayang dekat sini setelah rebah selepas berjoging di kawasan rumahnya di Seksyen 7 di sini, pagi ini.
Sumber daripada pejabat Mohamad Khir ketika dihubungi memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, beliau (Dr Mohamad Khir) yang pulang daripada aktiviti itu tiba-tiba terjatuh serta tidak sedarkan diri di rumahnya menyebabkan keluarganya panik dan menghubungi ambulan.
Menurut sumber itu lagi, setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Dr Mohamad Khir kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut.
"Setakat pukul 6 petang tadi, keadaan beliau telah stabil dan sudah boleh bercakap namun masih ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut," kata sumber itu kepada Bernama di sini.
Esok Mahkamah Persekutuan dilaporkan akan mengumumkan keputusannya mengenai rayuan Mohamad Khir terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadap beliau bagi tuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo daripada Ditamas Sdn Bhd menerusi pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni dalam 2007.
Bernama
Wed Aug 26 2015

Setelah mendapatkan rawatan di Hospital Selayang, Dr Mohamad Khir kemudiannya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan lanjut. - Gambar Fail
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Tun Mahathir dirawat di IJN kerana batuk
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.

Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.

Netanyahu jalani pembedahan pasang perentak jantung
Sejurus sebelum undian mengenai rombakan rang undang-undang kehakiman di Parlimen, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kini menjalani pembedahan untuk memasang perentak jantung.

Ambil perhatian jika jantung tiba-tiba berdegup laju
Tanda degupan jantung laju dan berbahaya apabila kita mengalami bersama rasa pening kepala, pengsan, sesak nafas dan sakit pada kawasan dada.

Ahmad Faizal kagum semangat kental Azizulhasni
Ahmad Faizal berkata pelumba berusia 34 tahun itu juga, menunjukkan pemulihan cukup baik untuk kembali meneruskan latihan dalam masa beberapa bulan lagi.

Azizulhasni jalani pembedahan jantung 21 April lalu, rawat komplikasi 'mengancam nyawa'
Datuk Azizulhasni Awang menjalani pembedahan jantung di Hospital Epworth Richmound, Melbourne pada 21 April.

Elak aktiviti berat sekurangnya seminggu selepas terima suntikan vaksin COVID-19
Vaksin seperti virus akan menyerang organ yang paling aktif dan apabila beriadah, jantung menjadi sasaran.

Lakukan senaman kardio bagi menguatkan jantung serta tangani kencing manis
Apa sahaja yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju dengan banyak berbanding biasa, dipanggil senaman kardio.

Elak aktiviti fizikal berat selama 7 hari selepas terima vaksin COVID-19 - Kementerian Kesihatan Singapura
Sebelum pengsan, remaja itu melakukan aktiviti angkat berat di gimnasium, melebihi berat badannya.

Hadi Awang semakin pulih - Ahmad Samsuri
Keadaan kesihatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), semakin pulih.