Seorang pekerja restoran makanan segera terpaksa menerima sembilan jahitan di kepala selepas sebuah kipas siling jatuh ketika dia sedang berurusan di kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, DSP Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, kejadian berlaku pada pukul 12.20 tengah hari di sebuah gerai pameran milik PDRM sempena program NS Fest 2019 di Dataran Nilai, di sini.
"Mangsa, Mohammad Zaki Yaakob, 39, dari Kajang, Selangor ketika itu sedang membuat pembayaran saman di kaunter bayaran saman trafik, sebelum sebuah kipas siling terjatuh dan mengenai kepala mangsa.
"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala menerima rawatan awal oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk menerima rawatan lanjut. Mangsa dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya kaunter pembayaran saman trafik PDRM itu dibuka selama dua hari mulai semalam sempena program NS Fest 2019 yang dianjurkan kerajaan negeri, dan berlangsung selama empat hari mulai Khamis lepas. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 20 2019

Ketika sedang membuat pembayaran saman di kaunter bayaran saman trafik, kepala seorang pekerja restoran makanan segera ditimpa kipas siling. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kipas siling timpa kepala pekerja restoran makanan segera
Seorang pekerja restoran makanan segera terpaksa menerima sembilan jahitan di kepala selepas sebuah kipas siling jatuh ketika dia sedang berurusan di kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia