Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan produk Iceberg Lettuce (sejenis salad) yang dijual di pasaran tempatan dengan jenama Vege 2 Fresh dicemari bahan kimia fipronil, dan meminta pihak syarikat menghentikan penjualannya serta merta.
"Laporan tersebut menyatakan pihak AVA mengarahkan produk lettuce berjenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia dengan berat 400 gram setiap produk ditarik balik dari pasaran Singapura kerana dikesan tercemar dengan bahan kimia fipronil.
"Fipronil adalah sejenis racun serangga biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Pengambilan fipronil pada paras tinggi dalam jangka pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya hasil pemantauan KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan dari 2017 sehingga Julai 2018, sebanyak 5,297 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan diambil di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi yang diimport untuk dianalisis.
Hasil analisis mendapati 97 (1.8%) sampel dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan.
Dr Noor Hisham berkata KKM akan terus meningkatkan pemantauan ke atas sayur-sayuran di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi memastikan pematuhan ke atas perundangan makanan.
Di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983 menetapkan mana-mana orang menyediakan atau menjual apa-apa makanan mengandungi bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq untuk mengajukan sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 06 2018

Produk salad ini dikesan tercemar dengan bahan kimia Fipronil, iaitu sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. - Foto Facebook AVA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Singapura larang import sejenis salad dari Malaysia kerana dicemari racun serangga - Laporan
Produk itu diimport oleh Go Fresh Impex Pte Ltd dan dijual di pasar raya NTUC Fairprice dan Sheng Siong di sini.

KKM minta penjualan produk salad dihentikan serta merta
AVA mengarahkan produk lettuce jenama Pasar dan Iceberg keluaran Malaysia dengan berat 400 gram setiap produk ditarik balik dari pasaran Singapura kerana dikesan tercemar dengan bahan kimia fipronil.

KKM perlu jamin tiada produk Eropah berasaskan telur fipronil di pasaran - PPIM
Kebanyakan produk berasaskan telur sering menjadi pilihan rakyat Malaysia seperti biskut mentega, mayones, snek termasuk bahan-bahan pembuatan kek.