Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kononnya dua kilang pembuatan perisa vape dipercayai milik individu berkepentingan dalam kerajaan, akan dibina tidak lama lagi.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung pembukaan kilang itu didakwa bertujuan memonopoli industri yang membawa pulangan RM2.8 bilion setahun kepada pengusaha sedia ada.
"Saya tidak menerima sebarang laporan rasmi dan kami tiada apa-apa maklumat mengenai dakwaan itu. Kami (KKM) tidak mensabotaj sesiapa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.
BACA: DBKL tidak akan mengeluarkan sebarang lesen bagi penjualan vape
BACA: Kelantan ikut langkah Johor haramkan penjualan vape
BACA: 'Jangan tunggu hingga berlaku kematian baru nak larang vape' - Pengarah Kesihatan Johor
Semalam, media tempatan melaporkan Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa dua kilang pembuatan perisa vape akan dibina di Johor serta Shah Alam, dan akan beroperasi sebaik sahaja Kementerian Kesihatan mewujudkan satu akta baharu mengenai penjualan perisa vape.
Dalam pada itu, Hilmi menegaskan KKM tidak bercadang mengharamkan penjualan vape dan hanya memutuskan mengawalnya meskipun Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, memutuskan hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.
Beliau berkata keputusan kementerian dalam penjualan vape adalah keputusan yang diambil di peringkat Kabinet.
Hilmi berkata pihaknya akan terus mengawal penjualan vape di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011.
Beliau, bagaimanapun berkata ia bergantung kepada Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi membincangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Sementara itu, Hilmi berkata pengharaman premis penjualan vape di negeri-negeri bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai kuasa mengambil sebarang keputusan.
Bernama
Tue Dec 22 2015

Hilmi menegaskan KKM tidak bercadang mengharamkan penjualan vape dan hanya memutuskan mengawalnya. - Gambar Fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Bekas ahli UMNO yang tiada kes mahkamah boleh sertai Bersatu - Tun Mahathir
Pengerusi Bersatu itu berkata partinya hanya mempelawa ahli yang tidak terlibat dalam sebarang masalah seperti menghadapi kes di mahkamah.

Rabies: Klinik bakal dikenakan tindakan undang-undang
Kementerian Kesihatan akan mengenakan tindakan undang-undang kepada sebuah klinik swasta di Kuching, Sarawak kerana gagal merujuk kes seorang lelaki digigit anjing ke fasiliti kesihatan kerajaan.

Buat semakan latar belakang calon penyelia di sekolah, IPT - Dr Hilmi
Tegasnya, pemeriksaan kesihatan terutama dari segi mental juga penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kembalikan ubat yang tidak diguna elak pembaziran - Dr Hilmi
Saranan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak pembaziran.

Mekanisme khas perlu bagi pastikan warga asing bayar bil perubatan
Ia disuarakan Senator Siti Aishah Shaik Ismail ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Negara hari ini.

Kes kegagalan fungsi buah pinggang semakin meningkat - Hilmi Yahaya
Kes kegagalan buah pinggang disebabkan diabetes di Malaysia semakin meningkat.

Budayakan gaya hidup aktif, jaga soal kalori dan pemakanan
Mengulas amalan kesihatan di Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya menggesa rakyat agar lebih proaktif dalam memantau tahap kesihatan masing-masing.

Keputusan guna vaksin denggi belum diputuskan - Hilmi
Syarikat pengeluar vaksin telahpun membuat permohonan untuk didaftarkan, namun perkara itu masih di peringkat kajian.

KKM nafi dakwaan dua kilang pembuatan perisa vape akan dibina
Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan Ikhlas kononnya dua kilang pembuatan perisa vape dipercayai milik individu berkepentingan dalam kerajaan, akan dibina tidak lama lagi.

Kerintangan antibiotik semakin membimbangkan akibat penyalahgunaan
Kerintangan antibiotik di negara ini terjjadi akibat kekerapan penggunaan dan penyalahgunaan jenis ubat itu secara meluas dalam sektor kesihatan.