Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 19 mangsa disyaki maut akibat keracunan metanol setakat 5 petang tadi.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya menerima notifikasi bagi 51 kes keracunan metanol, masing-masing 45 kes di Selangor dan enam kes di Kuala Lumpur, dengan tiga mangsa terdiri daripada rakyat tempatan dan 48 mangsa dari Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India.
Beliau berkata selain 19 kematian yang dicatat, 14 pesakit kini dalam keadaan kritikal, sembilan pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan dan pemerhatian, manakala sembilan individu dibenarkan pulang setelah menjalani rawatan.
"Jumlah kes dijangka meningkat apabila lebih ramai pesakit datang mendapatkan rawatan bagi kes keracunan metanol," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau berkata pesakit menunjukkan tanda-tanda dan gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dan ada yang mengalami sesak nafas, kekejangan dan tidak sedarkan diri.
Dr Noor Hisham berkata hasil siasatan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah terlibat, mendapati kesemua pesakit terbabit membeli minuman sebatian keras di premis-premis sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Sampel minuman alkohol yang diambil semasa siasatan kes dan pemeriksaan premis-premis jualan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK) untuk ujian analisa kandungan minuman.
Beliau berkata laporan polis dibuat KKM untuk mengenal pasti pengedar, pengilang minuman tersebut serta punca keracunan dan seterusnya menyekat pembekalan sebatian minuman keras yang tercemar itu di pasaran.
"KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sedang mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas produk minuman beralkohol tidak mematuhi Akta Makanan 1983 terutama ke atas produk minuman beralkohol disyaki dan semua jenama lain yang didapati tidak mematuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985," katanya.
Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 menetapkan mana-mana orang menyediakan atau menjual apa-apa makanan mengandungi bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.
"KKM ingin menasihatkan masyarakat agar menjauhi daripada mengambil sebarang minuman beralkohol yang mungkin mengandungi metanol yang mendatangkan masalah kesihatan dengan tanda-tanda dan gejala seperti sesak nafas, sakit perut, loya atau muntah, cirit-birit, pening atau sakit kepala teruk, kabur penglihatan dan kekejangan serta boleh mengakibatkan maut," tambahnya.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dalam satu kenyataan petang tadi berkata 15 mangsa maut manakala 33 lagi dimasukkan ke beberapa hospital di Lembah Klang sejak semalam, dipercayai akibat keracunan arak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 18 2018
laporan polis dibuat KKM untuk mengenal pasti pengedar, pengilang minuman tersebut serta punca keracunan dan seterusnya menyekat pembekalan sebatian minuman keras yang tercemar itu di pasaran. - Foto Bernama
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
KKM sahkan 19 maut kes keracunan metanol
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan 19 mangsa disyaki maut akibat keracunan metanol setakat 5 petang tadi.