Kementerian Kesihatan menyasarkan sebanyak 16,000 sampel dapat dilakukan menerusi kit ujian sehari, bermula Jumaat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu bagi meningkatkan keupayaan kementerian untuk memperluaskan saringan ujian secara besar-besaran.
Malah katanya, penggunaan kit ujian tersebut mampu memberikan keputusan yang cepat dan tepat.
"Usaha melakukan saringan secara besar-besaran akan dilakukan pada Jumaat ini dan kita akan menguji kemampuan rapid test kid untuk antigen (kit ujian) dan bukan daya ketahanan badan.
"Kemampuan KKM ada 18 makmal manakala swasta ada lima dan kita tingkatkan keupayaan untuk kita mengesan jangkitan itu.
"Sekarang kita laksanakan sebanyak 6,000 sampel sehari dan kita jangkakan peningkatan saringan sehingga 16,000 sehari dapat dilakukan walaupun masih belum guna kit ujian berkenaan," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Noor Hisham berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) masih dalam perbincangan untuk mendapatkan kit ujian secara besar-besaran yang membolehkan tingkatkan ujian sampel dalam sehari.
Fauzi Suhaimi
Wed Mar 25 2020

Noor Hisham berkata, langkah itu bagi meningkatkan keupayaan kementerian untuk memperluaskan saringan ujian secara besar-besaran. - Gambar BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

KKM sasar ujian saringan sampel 16,000 sehari bermula Jumaat - KP Kesihatan
Noor Hisham berkata, langkah itu bagi meningkatkan keupayaan kementerian untuk memperluaskan saringan ujian secara besar-besaran.