Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengenal pasti kandungan lain selain metanol dalam minuman keras yang mengakibatkan beberapa orang maut, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, siasatan pihaknya kini lebih menjurus kepada menyiasat tahap kandungan metanol dalam minuman alkohol itu di mana sampelnya dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK) untuk ujian analisis.
Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan kandungan metanol dalam minuman itu adalah tinggi, namun ia hanya boleh disahkan selepas selesai ujian analisis tersebut.
"Kita kena buat siasatan selanjutnya...Walaupun ada brand (jenama), kita kena siasat kandungan metanol dalam jenama minuman alkohol tersebut.
"Sekarang kita kena pastikan kandungan apa dalam minuman alkohol yang membawa maut. Salah satu kandungan dikenal pasti adalah metanol," katanya dalam sidang media selepas merasmikan persidangan 'Western Pacific Cataract Surgical Outcome Conference' di Hospital Shah Alam di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima notifikasi bagi 51 kes keracunan metanol, masing-masing 45 kes di Selangor dan enam kes di Kuala Lumpur, dengan tiga mangsa terdiri daripada rakyat tempatan dan 48 mangsa dari Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India.
BACA: 15 maut, 33 dirawat keracunan arak di Selangor
Katanya selain kematian yang dicatat, 14 pesakit kini dalam keadaan kritikal, sembilan pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan dan pemerhatian, manakala sembilan individu dibenarkan pulang setelah menjalani rawatan.
Beliau turut menasihatkan masyarakat agar menjauhi daripada mengambil sebarang minuman beralkohol yang mungkin mengandungi metanol yang mendatangkan masalah kesihatan dengan tanda-tanda dan gejala seperti sesak nafas, sakit perut, loya atau muntah, cirit-birit, pening atau sakit kepala teruk, kabur penglihatan dan kekejangan serta boleh mengakibatkan maut.
Dr Noor Hisham berkata pihaknya baru menerima spesimen dari kes keracunan metanol itu dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa dua hari selepas selesai siasatan. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 19 2018
Antara botol minuman keras yang dijumpai mengandungi arak tiruan.
Presiden China mahu Trump bekerjasama demi manfaat sejagat
Presiden China ucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden baru-baru ini dan berharap dapat tingkatkan kerjasama demi manfaat sejagat.
Lawatan kerja ke China: Malaysia terima potensi eksport RM3.2 bilion - Tengku Zafrul
Malaysia menerima potensi eksport bernilai RM3.2 bilion susulan pertemuan dengan pelabur China, semalam.
Malaysia terus perkukuh hubungan dengan AS dalam pendidikan
Malaysia akan terus memperkukuh hubungan dengan Amerika Syarikat menerusi pengembangan pendidikan, budaya, penyelidikan dan inovasi.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pihaknya juga telah berbincang dengan Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan agar program pertukaran pelajar di antara mahasiswa negara masing-masing dimula dan diteruskan.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pihaknya juga telah berbincang dengan Duta Besar AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan agar program pertukaran pelajar di antara mahasiswa negara masing-masing dimula dan diteruskan.
Musim tengkujuh: Tempoh getir nelayan pesisir pantai, ombak besar, laut bergelora
Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh disifatkan sebagai tempoh getir buat pada nelayan psisir pantai yang hanya menggunakan bot gentian kaca bagi meraih hasil pendapatan.
Lapan anggota polis didakwa salah guna dadah
Lapan anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani kerana penyalahgunaan dadah.
Op Favish: Vivy, Fadza sambung beri keterangan berhubung kerugian FashionValet
Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyambung sesi keterangan berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
Malaysia akan pertahankan prinsip pemusatan ASEAN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan bekerja tanpa jemu untuk mengukuhkan perpaduan ASEAN, memastikan semua suara didengari serta mengutamakan keputusan kolektif.
Malaysia siap sedia, fokus keterangkuman, perkongsian global
Beliau juga berkata bahawa tanggungjawab tersebut disebabkan oleh evolusi ASEAN kepada rantau berjumlah 671 juta orang, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah AS$3.8 trilion, menjadikannya ekonomi kelima terbesar di dunia.
Hubungan baik dua negara dorong kerjasama Darphane, Ultimate Print
Ketua Pengarah Darphane, Abdullah Yasir Sahin berkata, kerjasama itu adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh hubungan sedia ada.
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
Kastam beri amaran arak tiruan diproses dekat kolam ternakan katak
JKDM menumpaskan sindiket memproses arak tiruan di sebuah rumah usang di kawasan hutan terpencil dekat Kampung Valdor Sungai Jawi, Seberang Perai Selatan (SPS) dalam serbuan, 20 Sept lepas.
13 orang maut di negeri Tamil Nadu, India selepas minum arak tiruan
Sekurang-kurangnya 13 orang maut pada Rabu selepas meminum arak tiruan di negeri Tamil Nadu, India.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
PPM tahan lelaki, rampas arak tiruan
Beliau berkata lelaki itu direman hingga 24 Julai ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.
28 maut terminum arak tiruan
Sekurang-kurangnya 28 orang maut di negeri Gujarat di barat India selepas terminum arak tiruan, kata polis pada Selasa.
Sindiket proses arak tiruan bernilai RM5.3 juta tumpas
Pasukan Gerakan Am Batalion 5 tumpaskan sindiket proses dan menyimpan arak tiruan bernilai RM5.3 juta di Taman Perindustrian Desa Plentong.
Pemilik kedai runcit dikompaun RM6,000 jual, proses arak tiruan
Pemeriksaan lanjut menemui tempat memproses bahan tersebut di bilik stor di rumah berdekatan dengan kedai runcit tersebut.
Proses arak tiruan bawah tanah, empat warga asing dicekup
Dipercayai sindiket ini telah beroperasi setahun dan rampasan dianggarkan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM15,992.
Batalion 5 PGA rampas arak tiruan bernilai RM1 juta
Dalam serbuan pada 1.50 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai pekerja di premis tersebut turut ditahan.
Bahana arak tiruan, 41 maut
Sekurang-kurangnya, 41 orang mati selepas minum arak tiruan di negeri Assam, India.