Kedua-dua terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini mengalami gangguan sistem sementara.
Gangguan itu telah menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).
Operator lapangan terbang itu, Malaysia Airports dalam kenyataan berkata gangguan itu bermula malam tadi dan kini sedang diperbaiki.
"Semua kakitangan lapangan terbang yang berkaitan ditugaskan untuk membantu penumpang di lapangan kerana kami menjangkakan keadaan ini akan berterusan sepanjang hari ini," kata kenyataan itu hari ini.
Malaysia Airports juga menasihati para penumpang untuk tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas penerbangan mereka dan memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk jadual penerbangan terkini.
"Sejak gangguan itu (berlaku), pasukan kami telah bekerja sepanjang masa, bukan hanya untuk memulihkan keadaan tetapi juga meminimumkan kesulitan yang dialami penumpang.
"Kami akan mengeluarkan maklumat terkini selanjutnya mengenai situasi ini sama ada menerusi platform media sosial atau siaran akhbar.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul," menurut Malaysia Airports.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 22 2019

Keadaan masih terkawal walaupun terdapat gangguan sistem sementara yang menjejaskan beberapa sistem lapangan terbang di KLIA, Sepang, 22 Ogos, 2019. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kanak-kanak meninggal dunia ditinggalkan lebih 4 jam dalam kereta pengetua
Mangsa dipercayai berada di dalam kereta itu dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.

Jejantas jatuh timpa lori, pemandu derita tersepit empat jam
Lori telah melanggar jejantas pejalan kaki mengakibatkan jejantas itu jatuh dan menimpa kepala lori dan seorang mangsa didapati tersepit.

KLIA alami gangguan sistem
Malaysia Airports dalam kenyataan berkata gangguan itu bermula malam tadi dan kini sedang diperbaiki.

Presiden Pas tidur empat jam sehari
Walaupun hanya tidur selama empat jam sehari, namun beliau mendisplinkan diri dan mengikut segala nasihat doktor untuk kekal sihat sepanjang tempoh berkempen yang akan tamat Selasa ini.

Duduk 4 jam sehari boleh meningkatkan risiko penyakit
Satu kajian besar-besaran di Australia mendapati kegiatan duduk selama empat jam setiap hari boleh menjejaskan kesihatan.