Kolaborasi dan kesepakatan yang padu antara polis dan masyarakat perlu terus diperkasakan demi mewujudkan negara yang aman dan sejahtera, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata polis dan masyarakat tidak dapat dipisahkan, rakyat dan pasukan keselamatan saling memerlukan bantuan masing-masing.
Tambahnya, konsep kepolisan masyarakat atau 'community policing' telah diterapkan dalam perancangan dan pelaksanaan polis, terutamanya aspek pencegahan jenayah.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mendokong konsep kepolisan masyarakat ke arah mewujud dan melahirkan kefahaman, kepercayaan serta tanggungjawab dua hala antara polis dan masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah.
"Visi PDRM dalam aspek ini adalah untuk memberi kesedaran atas keperluan tanggungjawab bersama, antara rakyat dan polis ke arah mengurang serta menidakkan peluang untuk jenayah berlaku," katanya ketika berucap pada perbarisan sempena peringatan Hari Polis Ke-208 di dataran kawad Pulapol di sini, hari ini.
Khalid berkata pasukan keselamatan itu terus mengorak langkah walaupun menghadapi pelbagai kecaman daripada pihak tertentu yang tidak berpuas hati di samping cabaran semasa yang sentiasa berubah.
"Alhamdulillah, semua cabaran ditangani dengan baik, malah pelbagai transformasi turut dilakukan polis untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya.
Mengenai indeks jenayah, Khalid berkata ia mencatatkan penurunan iaitu 128,544 kes pada 2014 berbanding 147,062 kes pada 2013, penurunan sebanyak 18,518 kes atau 12.6 peratus.
Jenayah kekerasan turut menunjukkan penurunan 3,950 kes atau 13.4 peratus, sementara jenayah harta benda pula mencatat penurunan kes 14,568 atau 12.4 peratus, katanya.
Sehubungan itu, Khalid menyeru rakyat negara ini supaya terus menyokong dan memberi kerjasama sebagai pemangkin kelestarian dalam usaha mewujudkan kawasan sifar jenayah, dengan menjadi 'mata dan telinga' kepada polis dalam menjaga keamanan negara.
Bernama
Wed Mar 25 2015
KHALID: Kolaborasi dan kesepakatan yang padu antara polis dan masyarakat perlu terus diperkasakan demi mewujudkan negara yang aman dan sejahtera. -Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kesepakatan parti politik tempatan penting bagi pembangunan negeri, rakyat - Hajiji
Katanya, tiba masanya rakyat Sabah bersatu dalam satu wadah tempatan dan mengelakkan perpecahan bagi menjaga kepentingan negeri dan rakyat.
Kesepakatan kunci kekukuhan pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar
Kesepakatan ketika membuat sesuatu keputusan menjadi kunci utama yang mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak setahun lepas.
PRN Melaka: Pas yakin kesepakatan antara parti dalam kerajaan dapat dicapai
Pas yakin kesepakatan antara parti-parti di dalam kerajaan akan dapat dicapai dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini.
Ketepi pertikaian politik, sepakat hadapi pandemik COVID-19 - Agong
Al-Sultan Abdullah bertitah, semua pihak perlu sepakat dengan menolak perbezaan pendapat dan mengetepikan pertikaian politik.
Kesepakatan, saling percaya punca kekuatan Muafakat Nasional di Melaka - Ab Rauf
Kedua-dua pihak turut merancang memperkasakan hubungan itu menerusi pelbagai program anjuran bersama yang melibatkan semua peringkat.
Menteri-menteri UMNO dinasihat terus kekal dalam kabinet - PM
Kesemua menteri daripada parti UMNO bersepakat untuk terus kekal dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN).
EPL: Arsenal ambil Runarsson ganti Martinez
Skuad The Gunners itu kekurangan penjaga gol sokongan selepas Emiliano Martinez meninggalkan pasukan itu bagi menyertai Aston Villa minggu lalu.
Perancis dakwa Britain pecah belah warga Eropah dalam isu Brexit
Kesatuan Eropah (EU) dan Britain masih buntu dalam perbincangan mereka mengenai hubungan perdagangan di masa depan selepas tempoh keluar (Brexit) pada 31 Disember ini.
Pembangunan Sabah dan rakyat terjejas jika tidak sehaluan - Hajiji Noor
Pembangunan rakyat di Sabah tidak akan dapat dilaksanakan jika kerajaan negeri dan Persekutuan tidak sehaluan.
Napoli tandatangani Victor Osimhen dengan rekod perpindahan termahal
Pemain berusia 21 tahun itu hanya beraksi selama setahun di Perancis tetapi sudah cukup untuk membuktikan keupayaannya sehingga menarik minat kelab Serie A berkenaan.