Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa individu termasuk peguam yang didakwa menjadi dalang dalam komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej suruhanjaya itu dan Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya.
Laporan polis itu dibuat oleh Pegawai Khas Undang-undang kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Sasha Lyna Abdul Latif, di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, di sini hari ini.
Sasha Lyna yang ditemui media selepas itu berkata, komplot jenayah itu dilakukan dengan menyebarkan pelbagai tohmahan melalui media sosial dengan niat mencemar integriti serta maruah SPRM dan Latheefa.
"Saya telah menyerahkan maklumat dan bukti yang kami terima kepada pihak polis dan juga menyerahkan identiti (mereka) yang menjadi dalang kepada komplot ini," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti individu terbabit memandangkan kes itu sedang dalam siasatan polis.
Menurut Sasha Lyna, komplot itu muncul selepas SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd dalam satu sidang media pada 8 Jan lepas.
"Kami percaya ini juga adalah satu intimidasi kepada Ketua Pesuruhjaya (Latheefa) atas apa yang dilakukan pada sidang media itu," katanya.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
Semalam, Latheefa dalam kenyataannya berkata laporan polis itu dibuat bagi menghantar satu mesej yang jelas kepada dalang-dalang di sebalik komplot itu bahawa beliau tidak tergugat atau terancam dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Latheefa berkata beliau akan meneruskan tugasnya untuk membersihkan negara ini daripada gejala rasuah walaupun berdepan dengan cabaran seperti serangan peribadi dan ugutan terhadapnya.
BACA: Peguam dalangi komplot jenayah, cipta bahan untuk calar reputasi - Latheefa
Pada 8 Januari lepas, SPRM mendedahkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perbualan lain berkaitan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International. - BERNAMA
BACA: Pendedahan rakaman audio demi kepentingan awam - Latheefa Koya
BACA: Pendedahan audio: Semua pihak berhak suarakan pendapat - SPRM
Bernama
Tue Jan 14 2020
SPRM membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang didakwa menjadi dalang dalam komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan imej suruhanjaya itu dan Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya. - Gambar BERNAMA
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Komplot cemar reputasi, SPRM buat laporan polis
SPRM hari ini membuat laporan polis terhadap beberapa individu termasuk peguam yang didakwa menjadi dalang dalam komplot jenayah untuk menjatuhkan reputasi dan Ketua Pesuruhjayanya.