Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari ketika membentangkan resolusi itu berkata, ia termasuk, antara lainnya, jawatan Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, dan lain-lain lagi.
“Kerajaan dan umat Islam hendak membina daya bangsa Melayu yang berteraskan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, yang sudah pun menjadi jati diri negara ini.
“Adapun fahaman merosakkan seperti Syiah, perlu dielakkan daripada disebar atau dianuti oleh pemegang jawatan tertinggi negara ini,” tegasnya lagi.
Selain Kluster Agama, kongres itu turut menyaksikan pembentangan resolusi bagi Kluster Pendidikan, Budaya, Politik, dan Ekonomi.
Dalam pada itu, Ahmad Fadhli berkata, mereka juga mahu kerajaan meminda Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, dengan mengisytiharkan bahawa Islam beraliran ASWJ adalah doktrin dan kepercayaan bagi Persekutuan.
Selain itu, mereka mahu Perkara 3(1)(A) dimasukkan ke dalam perlembagaan iaitu dengan dengan menyatakan Islam beraliran ASWJ adalah satu-satunya cara hidup dalam semua polisi, undang-undang dan amalan perlu berlandaskan fahaman itu.
“Kami dengan tegas mendesak pemimpin tanah Melayu secara khusus, dan orang Islam secara amnya, bersikap proaktif ketika menangani isu-isu berkaitan agama Islam, bukan bersjkap reaktif.
“Kerajaan juga hendaklah bertindak pertahankan Islam sebagai agama Negara, dan jadikan cara hidup Islam. Janganlah menjadi pegar memakan padi, tikus baiki labu. Jika masih ada tikus yang cuba baiki labu, nyahkan tikus ini dari pentadbiran negara,” katanya lagi.