Kerajaan diminta tidak memperjudikan nyawa rakyat Malaysia dengan masih membenarkan pelancong dari negara China untuk masuk ke dalam negara.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat berkata rakyat negara ini masih boleh hidup dalam keadaan makmur tanpa kemasukan pelancong dari China.
"Tidak perlu kita mengambil risiko maut semata-mata untuk menjadi hos negara yang penuh dengan santun.
"Maka langkah yang wajib dibuat ketika ini adalah untuk membekukan visa selain saringan yang ketat di kesemua pintu masuk negara.
"Jangan pula disebabkan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020, kerajaan masih tidak mengeluarkan arahan sedemikian untuk warga China sedangkan negara serantau seperti Singapura, Thailand, Filipina telah mengambil tindakan menghalang kemasukan warga China ke negara mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
BACA: Penularan koronavirus di Malaysia belum sampai tahap kritikal - Tun M
BACA: Koronavirus: Agong, Raja Permaisuri titah rakyat Malaysia jaga keselamatan, kesihatan diri
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu kerajaan tidak bercadang menghentikan pengecualian visa selama 15 hari, yang diperuntukkan untuk pelancong dari China, meskipun Malaysia berdepan ancaman koronavirus.
Perdana Menteri sebaliknya berkata kerajaan menerusi agensi berkaitan akan mempergiatkan langkah pencegahan, termasuk saringan di semua pintu masuk negara bagi mengekang penyebaran virus yang berasal dari Wuhan itu.
Dalam pada itu kata Tengku Putra, kenyataan Dr Mahathir itu benar-benar mendukacitakan pada saat kerajaan sepatutnya dengan segera melakukan tindakan bagi memastikan penularan wabak itu tidak berlaku di negara ini.
"Kerajaan China sendiri telah mengeluarkan arahan untuk menghalang warga mereka untuk keluar negara bagi mengawal penularan wabak.
"Langkah ini sedikit sebanyak dapat meredakan kebimbangan rakyat Malaysia yang mana kecewa dengan kenyataan kerajaan untuk mengekalkan visa untuk rakyat China.
"Namun, tidak munasabah untuk kita mengkuarantinkan semua pendatang dari tanah besar China di sini," ujarnya.
Tambahnya, kebimbangan rakyat negara ini harus diutamakan selari virus itu yang masih belum mempunyai vaksin sebagai pencegahan dan perubatan jika dijangkiti selain membawa maut bagi mereka yang didapati positif koronavirus.
Astro Awani
Mon Jan 27 2020
TENGKU PUTRA: Langkah yang wajib dibuat ketika ini adalah untuk membekukan visa selain saringan yang ketat di kesemua pintu masuk negara. - Gambar fail
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Lima ADUN lantikan Pahang angkat sumpah
Majlis angkat sumpah diadakan di hadapan Speaker DUN Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin dengan disaksikan Wan Rosdy dan ADUN lain.
Lee Chin Chen dipilih Pengerusi DAP Pahang baharu
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Lee Chin Chen dipilih sebagai Pengerusi DAP Pahang berkuat kuasa semalam.
Kelantan beri peruntukan sama rata kepada semua ADUN
Kerajaan Kelantan memberi peruntukan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk kepada ADUN pembangkang di negeri ini.