PADA peringkat awal, Unit Virologi, Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research, IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia merupakan satu-satunya makmal yang terlibat secara langsung dalam menjalankan ujian diagnostik mengesan 2019 novel coronavirus (2019-nCoV) di Malaysia.
Makmal ini telah memulakan persediaan menghadapi sebarang kemungkinan penularan 2019-nCoV ke Malaysia pada 3 Januari 2020 di mana reagen untuk mengesan coronavirus dengan mengunakan kaedah Conventional RT-PCR telah disediakan.
Namun pada 11 Januari 2020, ahli saintis dari China telah berkongsi maklumat genetik 2019-nCoV di database gunasama.
Ini membolehkan pegawai dari Unit Virologi IMR merekacipta urutan reagen yang dikenali sebagai “primers and probes specific for 2019-nCoV” pada hari yang sama.
Beberapa hari kemudian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengeluarkan protokol untuk ujian real time RT-PCR 2019-nCoV dan protokol ini hampir sama seperti yang digunakan di IMR.
Reagen untuk mengenal pasti 2019-nCoV telah tiba ke makmal di IMR pada 21 Januari 2020 dan pada masa yang sama, pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah berkongsi virus yang tergolong dalam famili yang sama dengan 2019-nCoV nyahaktif, untuk digunakan sebagai kawalan positif.
Pegawai dari IMR telah berjaya menjalankan optimasi ujian real time RT-PCR 2019-nCoV pada 22 Januari 2020 dan reagen ini telah dibekalkan kepada Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh pada 24 Januari 2020 untuk menguji sampel kontak di Johor yang membolehkan pengenalpastian kes pertama positif di kalangan kontak rapat.
Pada 25 Januari 2020, makmal IMR juga telah mengesan kes pertama positif di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI).
Pada 30 Januari 2019, IMR juga telah menjalankan latihan ujian real time RT-PCR 2019-nCoV untuk 12 buah hospital KKM serta MKAK Sungai Buloh, MKA Ipoh, MKA Kota Kinabalu, MKA Kota Bahru dan MKA Johor Bahru agar kapasiti membuat ujian real time RT-PCR 2019-nCoV dipertingkatkan ke seluruh Malaysia.
Kapasiti ini juga diperluaskan bagi rangkaian makmal swasta melalui latihan berkaitan yang diadakan oleh pihak MKAK Sungai Buloh pada 6 Februari 2020.
Pada setiap hari (termasuk cuti umum) staf yang dalam panggilan (on call) akan bersedia menerima sampel dari hospital seawal pukul 7 pagi dan akan meneruskan ujian supaya keputusan dapat dikeluarkan dalam masa 24 jam. Namun begitu, kebanyakan keputusan ujian ini berjaya disiapkan lebih awal dari tempoh 24 jam tersebut.
Staf hanya dibenarkan menjalankan ujian selepas menjalani ujian kompetensi dan dilatih cara pemakaian Personal Protective Equipment (PPE) dengan betul.
Secara ringkas, staf akan menerima sampel dan merekodkan penerimaan sampel dalam buku log. Seterusnya sampel ini dibawa ke makmal Biosafety Level 2 (BSL2) di mana staf yang memakai PPE akan memproses serta mengasingkan sedikit sampel klinikal untuk nyahaktif virus dan diteruskan dengan ujian real time RT-PCR 2019-nCoV.
Syabas dan tahniah kepada semua petugas di sebalik tabir di IMR, kesemua MKA dan makmal-makmal hospital yang bertungkus lumus siang malam dalam menghadapi kejadian jangkitan 2019-nCoV ini.
Anda adalah wira yang tidak didendang yang melaksanakan tugas walaupun seringkali tidak jelas di mata masyarakat demi memastikan kesihatan awam dan keselamatan negara terpelihara.
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Dr Noor Hisham Abdullah
Sun Feb 09 2020
DR NOOR HISHAM: Syabas dan tahniah kepada semua petugas di sebalik tabir di IMR, kesemua MKA dan makmal-makmal hospital yang bertungkus lumus siang malam dalam menghadapi kejadian jangkitan 2019-nCoV ini. -Gambar fail
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
COVID-19: Bekalan stok vaksin sedia ada mencukupi
Bekalan vaksin COVID-19 sedia ada mencukupi untuk masyarakat awam yang ingin mengambil dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi dan komorbid.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
KKM waspada kemungkinan timbul penyakit X di Malaysia - KP Kesihatan
KKM sentiasa berwaspada dan mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi bagi menghadapi kemungkinan kemunculan penyakit X di negara ini.
Penyakit berkaitan jantung penyebab utama kematian di Malaysia
Penyakit berkaitan jantung adalah antara penyebab utama kematian di Malaysia.
MEDC@aSt 3.0 siap dibangun sepenuhnya pada 2026 - KP Kesihatan
Versi baharu sistem aplikasi yang berfungsi melaksanakan aktiviti kawal selia prapasaran peranti perubatan MeDC@aSt 3.0, akan siap dibangunkan sepenuhnya pada 2026.
2,444 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 20
Sebanyak 2,444 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 20 iaitu dari 14 Mei hingga 20 Mei, meningkat 202 kes atau sembilan peratus berbanding 2,242 kes pada minggu sebelumnya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.
Saya mahu rehat dahulu - Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, menyatakan beliau mahu berehat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
Teka-teki pengganti Dr Noor Hisham
Dr Norhayati Rusli merupakan satu-satunya pegawai kanan tertinggi yang masih bersama Dr Noor Hisham sehingga sekarang sewaktu negara dilanda COVID-19 awal tahun 2020.
'Wira Perang' COVID-19, Noor Hisham bersara selepas 35 tahun berkhidmat!
Bapa kepada enam anak berusia 60 tahun itu memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013.