Pemeriksaan yang lebih ketat dan konsisten perlu dilakukan terhadap pemandu dan penumpang di laluan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru terutama ketika kebimbangan orang ramai terhadap wabak koronavirus.
Persatuan Pemilik dan Pemandu Teksi ke Singapura mendakwa, saringan atau pemeriksaan di pintu masuk ke Johor Bahru tidak dilakukan dengan terperinci berbanding di pintu masuk ke Singapura.
Pemandu teksi, Husein Mat Ali berkata, berbeza di republik itu, mana-mana individu didapati mengalami suhu badan atau gejala novel koronavirus, mereka tidak dibenarkan masuk ke Singapura.
“Sampai di Singapura, mereka (pihak berkuasa arah) buka semua empat skrin kenderaan. Mereka akan periksa suhu badan, mereka tengok demam atau tidak.
“Kalau 38 darjah, perlu kuarantin masuk tempat (khas) dan ada doktor, mereka tidak boleh masuk ke Singapura dan perlu berpatah balik. Tapi kenapa Malaysia tidak mahu buat macam Singapura? Malaysia perlu buat juga,” katanya ketika ditemui Astro AWANI.
[LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
Justeru, dia melihat ketegasan Singapura yang efisien dalam mengekang kemasukan kes koronavirus ke republik itu, perlu sama dilaksanakan oleh Malaysia di pintu sempadan antarabangsanya.
Pemandu teksi lain sama turut mengharapkan penguatkuasaan saringan diperketat dengan kadar segera.
"Saya amat berharap pada kerajaan Negeri dan Persekutuan supaya dapat berterusan adakan pemeriksaan kesihatan secara terus menerus, jangan kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada.
"Perkara ini mustahak sebab kita tengok negara jiran (Singapura) melakukan bersungguh-sungguh. Jadi saya harap negara kita begitu kehendaknya supaya dapat jaga kesihatan rakyat kita amnya," kata Roswandi Abu Amin.
Dalam pada itu, Yang Di-Pertua Persatuan Pemandu dan Pemilik Teksi ke Singapura, Suhaimi Saidi berkata, pihaknya mengambil serius isu tersebut terutama melibatkan kesihatan pemandunya.
"Rasa bimbang jugalah tentang virus yang sekarang tengah merebak tapi saya sebagai pengerusi menasihatkan pemandu yang merentasi sempadan Johor Bahru ke Singapura untuk sama sama menjaga kesihatan.
"Sebenarnya, kita bersyukur juga kerana di Singapura, semua penumpang akan periksa dengan alat pengesan haba.
"Jadi penumpang kita pun dipantau dan kita sekali pun dipantau...itulah bagus," katanya kepada Astro AWANI.
Mengikut rekod, seramai 197 pemandu teksi yang merentasi sempadan Singapura setakat ini.
Astro AWANI sedang mendapatkan maklum balas Kementerian Kesihatan terhadap pemeriksaan di pintu masuk antarabangsa.
Ernalisa Othman
Wed Jan 29 2020

Pemeriksaan yang lebih ketat dan konsisten perlu dilakukan terhadap pemandu dan penumpang di laluan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru. - Foto BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.

Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.

COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.

Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.

SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.

Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.

Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.

Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.

COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.