Segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) diminta diam daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak menenangkan rakyat.
Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, desakan rakyat yang meminta penjelasan mengenai isu itu adalah kerana kebimbangan kepada kesihatan diri masing-masing.
“Rakyat desak, rakyat minta penjelasan, rakyat marah dengan kenyataan sebahagian pemimpin PH bukannya apa. Tetapi kerana rakyat bimbangkan kesihatan diri mereka. Krisis #CoronavirusOutbreak ini serius.
“Sebab itu, seperti gesaan saya kelmarin di Twitter, kerajaan mesti bertindak tegas sebelum krisis ini jadi lebih kritikal di Malaysia sekali gus memudaratkan rakyat. Malah, rakyat kita di Wuhan juga mesti dipantau rapi,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Isnin.
Terdahulu, Kerajaan mengumumkan penggantungan sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari Bandar Wuhan dan Wilayah Hubei di kelilingnya, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Menurut kenyataan itu kemudahan berkenaan termasuk kemudahan tanpa visa (eNTRY), visa semasa ketibaan (visa on arrival), e-visa, dan visa manual.
BACA: Penularan koronavirus di Malaysia belum sampai tahap kritikal - Tun Mahathir
BACA: Koronavirus: Kerajaan gantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari Wuhan
BACA: Koronavirus: KKM pantau lima kes pesakit di Kuala Lumpur, Langkawi dan Bintulu
Dalam pada itu Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong mengucapkan terima kasih kepada
petugas terutama kakitangan perubatan serta penjawat awam yang terlibat dalam pengurusan krisis ini.
“Terima kasih atas pengorbanan demi negara. Saya doakan semoga segala urusan dipermudahkan.
“Semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin,” ujarnya.
Astro Awani
Mon Jan 27 2020
HISHAMMUDDIN: Krisis #CoronavirusOutbreak ini serius. - Gambar fail/SINAR HARIAN
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.
Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.
Budak perempuan enam tahun dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai di Bintulu
Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahum yang sedang mandi sungai bersama ahli keluarga di Kampung Seberang Pasar Lama Tatau, Bintulu.
Malaysia kekal destinasi utama bagi pelaburan PTTEP - BMI
Malaysia akan kekal sebagai destinasi utama bagi pelaburan syarikat minyak nasional Thailand, PTT Exploration and Production (PTTEP), dalam jangka masa pendek dan panjang.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Dua maut dalam letupan di dalam kapal di perairan Bintulu
Dua pekerja kapal maut manakala seorang lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di Bintulu.
Wanita warga asing, kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran
Seorang wanita warga Filipina dan seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) maut dalam kebakaran melibatkan dua rumah teres di Fortune Park, Bintulu.
Polis berkas 15 individu curi kabel TM di Bintulu
Modus operandi kumpulan ini ialah dengan memotong kabel yang terdedah di tepi jalan, kemudian memasuki terowong tempat penyambungan kabel.
Jambatan Bintulu-Jepak lancarkan pergerakan ke pusat bandar
Penduduk Kampung Jepak berkata kesesakan lalu lintas amat ketara terutama pada waktu pagi dan petang.
Rumah Raymond Plen punya sejarah tersendiri, Al-Sultan Abdullah Agong pertama berangkat
Rumah Raymond Plen yang terletak di Sebauh memiliki sejarah tersendiri apabila rumah panjang kaum Iban itu pernah dikunjungi oleh dua Perdana Menteri sebelum ini.