Seorang wanita ditahan bersama 20 unit produk penjagaan diri berjenama Faith Fleur yang dipercayai tiruan.
Pemilik premis yang berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis sekitar Wakaf Tengah kira-kira jam 10.30 pagi Rabu.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Nor Azmi Lamisza berkata kesemua produk tersebut dijual menggunakan harga yang sama seperti harga produk tulen.
Katanya, wanita berkenaan telah direman untuk siasatan lanjut dan kesemua produk yang bernilai kira-kira RM875 turut dirampas.
Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut peruntukan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.
Jika disabitkan kesalahan, denda maksimum RM10,000 boleh dikenakan terhadap individu tersebut bagi setiap barangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Justeru, KPDNHEP menasihatkan pengguna supaya sentiasa menggunakan produk yang asli kerana kandungan produk tiruan tidak dapat dipastikan ketulenan dan keberkesanannya.
Ia sekali gus mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan serta diragui dari sudut kualitinya.
Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak membeli produk tiruan bagi melindungi hak cipta pemilik cap dagang yang tidak boleh ditiru sewenang-wenangnya, untuk dijual demi mengaut keuntungan dengan cara mudah.
Nur Fazlizai Ali
Thu Jul 02 2020
Barangan penjagaan diri tiruan yang dirampas oleh KPDNHEP di rumah wanita yang telah direman untuk siasatan lanjut. - Astro AWANI
“PM juga tidak menghalang sesiapa daripada mengkritik ”- Fahmi
Menteri Komunikasi menegaskan untuk tidak menyebarkan fitnah dalam memberikan kritikan dan dalam kebebasan bersuara. “Jangan cuba melindungi pemfitnah dengan label pengkritik”katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Infrastruktur sempadan Indonesia-Malaysia disegerakan
Proses pemilihan kepala daerah atau Pilkada di Kecamatan Simanggaris, Kalimantan, berjalan lancar.
Pengundi yang ditemui Astro AWANI berkongsi harapan agar pembangunan ekonomi lebih ditingkatkan dengan infrastruktur seperti jalan perhubungan agar jalan persempadanan kedua negara Malaysia dan Indonesia segera dibuka untuk kemudahan aktiviti ekonomi.
Pengundi yang ditemui Astro AWANI berkongsi harapan agar pembangunan ekonomi lebih ditingkatkan dengan infrastruktur seperti jalan perhubungan agar jalan persempadanan kedua negara Malaysia dan Indonesia segera dibuka untuk kemudahan aktiviti ekonomi.
Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasihat berhati-hati - Mohamad Hasan
Kerajaan memberi peringatan kepada syarikat pengeluar tempatan supaya mengelakkan terkesan dengan sekatan dikenakan oleh AS ke atas Rusia.
Sarawak laksana Ujian Pentaksiran Standard bermula 2025
Sarawak bakal melaksanakan Ujian Pentaksiran Standard yang memberi tumpuan kepada tiga subjek utama, iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bermula tahun hadapan.
Kopeks disaran luaskan perniagaan, perkukuh tadbir urus
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyarankan Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) agar mempelbagaikan perniagaan koperasi bagi menghadapi cabaran masa kini.
Pernikahan luar negara tidak teratur antara faktor daftar lewat sijil kelahiran di Perlis
Pernikahan luar negara seperti di Thailand yang tidak teratur dikenal pasti antara faktor berlakunya isu kelewatan pendaftaran sijil kelahiran di Perlis.
Pesara Kerajaan Negeri Sabah terima bonus RM1,000 sebelum Aidilfitri
Pesara kerajaan Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Aidilfitri tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Amaran hujan lebat berterusan hingga Jumaat
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di andakan dan Kudat, Sabah hingga 29 November.
Bantuan kepada penduduk terjejas di Kapit akan disegerakan - Alexander
Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu kesemua keperluan dan bantuan kepada ahli keluarga mangsa terjejas banjir di Rumah Dennis Anak Langok Amang Ulu, Kapit, akan disegerakan.
91.6 peratus kandungan MCMC minta turunkan daripada Facebook- Fahmi
Menteri Komunikasi berkata kandungan yang diturunkan oleh MCMC dari platfom sosial media adalah bersifat scam dan judi dalam talian.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
KPDNHEP tahan wanita jual produk tiruan dengan harga tinggi
Pemilik premis yang berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis sekitar Wakaf Tengah kira-kira jam 10.30 pagi Rabu.
KPDNHEP rampas 1,750 pelitup muka tiruan
Seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun turut ditahan, disyaki menjual pelitup muka tiruan berkenaan secara dalam talian.