Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji mekanisme bagi membolehkan pihak bank mengkitiraf pendapatan sampingan golongan berpendapatan rendah (B40) sebagai sokongan memudahkan proses pembelian hartanah.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu bagi membolehkan mereka yang melakukan perkerjaan sampingan seperti berniaga nasi lemak, menjadi pemandu e-hailing serta peniaga online (atas talian) membuat pelaburan hartanah di masa depan dengan membeli dan menjadi pemilik rumah.
"Sebab itu KPKT tengah melihat beberapa mekanisme yang mana bank boleh iktiraf pendapatan kedua (pemandu) Grab, jual nasi lemak, perniagaan online... kita akan cuba untuk mencari mekanisma yang membolehkan mereka menggunakan pendapatan sebagai sokongan kepada permohonan mereka untuk pembelian rumah," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jualan Rumah Satu Tingkat di Taman Ilmu Nibong Tebal pada Sabtu.
Zuraida berkata, buat masa ini, pihaknya sudah berbincang dengan pengendali syarikat e-hailing Grab Sdn Bhd dalam mencari kaedah bersesuaian bagi memastikan pendapatan yang diperolehi boleh digunakan untuk proses pembelian hartanah.
"Saya nak tekankan di sini golongan B40 terutamanya duit-duit yang diterima jangan dibelanja kepada perkara yang tidak berfaedah, biar mereka guna untuk beli rumah.
"Mereka akan jadi pemilik aset, pemilik rumah, pemilik hartanah... kita nak galakkan agar mereka juga menjadi pemilik hartanah, kalau tidak orang kaya-kaya sahaja (akan jadi pemilik hartanah), jadi ini masanya golongan B40 ini terlibat dalam pemilkan hartanah negara," katanya lagi.
Dalam pada itu, Zuraida berkata, pihak KPKT mengalu-alukan inisiatif pihak pemaju swasta, kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membina rumah mampu milik untuk golongan B40.
Katanya dengan penglibatan semua pihak, beliau percaya sasaran pihak KPKT untuk membina sejuta rumah dalam tempoh 10 tahun akan tercapai.
Zuraida berkata, syarikat pemaju perumahan lain boleh mencontohi model pembinaan dan penjualan rumah mampu milik yang ditawarkan oleh Jualan Projek Perumahan (JKP).
Katanya, JKP menawarkan rumah yang berkualiti serta mampu dimiliki oleh golongan B40 malah harga yang ditawarkan juga 25 peratus lebih murah daripada harga pasaran.
Sementara itu, Zuraida berkata, pihaknya menggalakkan pemaju perumahan akan memperbanyakkan pembangunan dan juga pembinaan perumahan di bahagian Seberang Perai berikutan pembangunan di bahagian pulau terlalu padat.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Jul 13 2019
![KPKT kaji mekanisme pemilikan rumah melalui pendapatan sampingan KPKT kaji mekanisme pemilikan rumah melalui pendapatan sampingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563022293_Zuraida.jpg)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin (dua, kanan) melihat contoh rumah pada Majlis Pelancaran Jualan Rumah Satu Tingkat di Taman Ilmu Nibong Tebal hari ini. - Foto BERNAMA
Lebih 24,000 pembayar cukai guna sistem e-invois
Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
Senjata api: Undang-undang mencukupi, pertingkat usaha kesan penyeludupan
Kawalan di sempadan perlu dipertingkatkan namun ia memberi cabaran kepada pihak berkuasa khususnya kerana ia memerlukan tenaga sumber manusia yang ramai.
Tahap kesedaran awam tentang kewujudan IPCC masih rendah
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Dr Haezreena Begum Abdul Hamid, ini kerana masih wujud segelintir masyarakat yang tidak jelas mengenai IPCC dan cara menyalurkan aduan yang tepat.
Saksi tidak pernah lihat Zayn Rayyan bermain di taman
Saksi yang juga seorang suri rumah itu berkata, dia tidak mengetahui faktor utama mengapa kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) itu tidak pernah bermain di luar rumah.
Hakim tolak permohonan Naimah Khalid
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan isteri bekas menteri kewangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin bagi merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya ke mahkamah tinggi.
Kes Bunuh Zulfarhan: Peguam Hujah Mahkamah Rayuan Terkhilaf jatuhkan hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan enam tertuduh dalam kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain. Barisan peguam yang mewakili tertuduh mengemukakan hujahan bahawa hukuman gantung tidak sepatutnya dikenakan terhadap anak guam mereka.
Saksi kongsi detik cemas pesawat terbalik
Pete Carlson, salah seorang penumpang yang terlibat dalam insiden pesawat Delta Air Lines terbalik tampil menceritakan detik cemas ketika insiden itu berlaku di lapangan terbang Toronto. Kata beliau, sukar untuk menyatakan perasan apabila secara tiba-tiba melihat pesawat terbalik sekelip mata.
Delta Airlines siasat insiden pesawat terbalik
Syarikat penerbangan Delta Airlines pada Isnin memaklumkan bahawa mereka masih dalam proses mendapatkan maklumat lanjut susulan insiden melibatkan pesawat milik syarikat itu yang dilaporkan terbalik ketika mendarat di sebuah lapangan antarabangsa di Kanada.
Perkembangan positif' untuk rundingan fasa kedua - Qatar
Qatar pada Selasa melaporkan adanya "perkembangan positif" untuk memulakan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza antara Israel dan Hamas
Amerika Syarikat dan Rusia komited akhiri perang di Ukraine
Kata sepakat itu tercapai antara Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan Marco Rubio selepas perbincangan peringkat tinggi yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada Selasa.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Negeri Sembilan sedia 26,548 rumah mampu milik sejak 2018 - Aminuddin Negeri Sembilan sedia 26,548 rumah mampu milik sejak 2018 - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739527871_tbMBNSRumahmampu.jpg)
Negeri Sembilan sedia 26,548 rumah mampu milik sejak 2018 - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan 26,548 unit Rumah Mampu Milik (RMM) setakat ini di kawasan tumpuan penduduk dan tinggi permintaan termasuk di daerah ini.
![PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40 PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719606832_KPKT.jpg)
PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.
![INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40 INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738855416_INSKEN.jpg)
INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.
![Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719284875_RinggitMalaysia.jpg)
Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.
![PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736606140_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani
Anwar hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena program Muhibbah Madani.
![NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736509113_TBNADI.jpg)
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
![RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736313063_TBATHIRAH.jpg)
RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.
![UniSZA tekan aspek ketelusan proses pemilihan dan kemasukan pelajar UniSZA tekan aspek ketelusan proses pemilihan dan kemasukan pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735229046_Unisza.jpg)
UniSZA tekan aspek ketelusan proses pemilihan dan kemasukan pelajar
Fadzli berkata, dakwaan mengenai kemasukan "pintu belakang" pelajar ke universiti awam adalah tidak tepat dan sama sekali tidak berasas.
![Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733224599_AnthonyLokeSiewF.jpg)
Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.